• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rakan Sempat Pegang Bahu Adam Sebelum Jatuh

oleh
05/07/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MACHANG – Seorang rakan Wan Mohammed Adam Mohd Suria sempat memegang bahunya yang maut selepas terjerlus dari lantai bas yang dikatakan reput di Kampung Kandis, semalam.

Imam Mushaddad Mohd Nazman, 12, berkata, sebelum kejadian dia sempat melihat rakannya itu sedang berbual dengan pemandu bas.

Katanya, secara tiba-tiba Wan Mohammed Adam terjerlus sebelum dia sempat memegang bahu rakannya itu.

“Ketika itu bas masih lagi bergerak dan pegangan saya terlepas sebelum Adam (Wan Mohammed Adam) terjatuh. Adam hanya senyap dan tidak menjerit minta tolong.

“Selepas seorang murid perempuan menjerit, baru pemandu bas itu berhenti namun saya sudah tidak berani untuk melihat Adam dari dekat,” katanya ketika ditemui di tanah perkuburan di sini, malam tadi.

Dalam kejadian jam 11.50 pagi semalam, murid Tahun Enam itu maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah akibat digilis.

Mayat Wan Mohammed Adam kemudian dibawa ke Hospital Tengku Anis, Pasir Puteh untuk bedah siasat dan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Baka di sini 10.10 malam tadi.

Imam Mushaddad berkata, ketika menaiki bas itu, dia dan rakan-rakan tidak nampak keadaan lantai bas yang retak itu.

“Ia macam lantai biasa ditutup dengan karpet,” katanya.

Tags: bas sekolahkemalangan mautlantai bas reput
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemandu kereta jenis Honda City yang merempuh seorang penunggang motosikal hingga menyebabkan kematian pagi tadi dipercayai memandu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd