• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Budak Meniarap Pada Cermin: Polis Tahan Pemandu Kereta

oleh
22/07/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Polis telah menahan seorang pemandu kereta jenis Toyota Vios susulan penularan video membawa kanak-kanak di belakang kereta yang sedang bergerak dipercayai di sekitar Pasir Gudang.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Ismail Dollah berkata, penahanan lelaki berusia 49 tahun itu dibuat di kediamannya di Taman Nusa Damai, Pasir Gudang kira-kira jam 7.45 petang semalam.

“Polis juga telah merampas kereta jenis Toyota Vios yang dipercayai digunakan semasa kejadian berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Ismail berkata, polis juga mendapatkan keterangan daripada dua kanak-kanak yang dipercayai terlibat dalam kejadian berkenaan.

“Kanak-kanak ini berusia 10 hingga 12 tahun yang dipercayai berada di bonet kenderaan itu semasa kejadian. Salah seorang mereka juga merupakan anak kandung kepada pemandu.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 336 Kanun Keseksaan,” katanya.

Beliau berkata, suspek juga diperintahkan menjalani perintah reman selama dua hari bermula hari ini untuk membantu siasatan lanjut. – Sinar Harian

Tags: kanak-kanakkeretaPolis JohorToyota Vios
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Sesak Nafas: 9 Mangsa Baru Direkodkan

Next Post

Taiwan Menepati Aspek-Aspek Penting Untuk Pelancong Muslim

Related Posts

Kanak-kanak Cedera Tangan Kiri Tersepit Rim Motosikal

Kanak-kanak Cedera Tangan Kiri Tersepit Rim Motosikal

05/05/2025
0

BALIK PULAU – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun cedera selepas tangan kirinya tersepit pada rim motosikal dalam satu kemalangan...

14 Kanak-Kanak Ditahan Sebabkan Kematian Seorang Remaja

14 Kanak-Kanak Ditahan Sebabkan Kematian Seorang Remaja

04/05/2025
0

LONDON - Seramai 14 kanak-kanak berusia antara 11 hingga 14 tahun ditahan atas dakwaan menyebabkan kematian tanpa niat selepas seorang...

Next Post

Taiwan Menepati Aspek-Aspek Penting Untuk Pelancong Muslim

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd