Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

PH Tidak Pernah Berjanji...

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) diminta meneliti keseluruhan manifesto pilihan...

Lelaki Curi Telefon Bimbit...

BUKIT MERTAJAM - Seorang penganggur yang cedera parah  dipukul orang ramai kerana mencuri...

Menarik! Seluar Jeans Boleh...

MASYARAKAT kini tidak perlu lagi merasa gusar serta berasa tidak selesa jika mahu...

‘Style Mannavan’ Iklan Deepavali...

KUALA LUMPUR - Iklan Deepavali Tenaga Nasional Berhad tahun ini, 'Style Mannavan’ (Style...

Permohonan Kebenaran Merayu Mahathir Ditolak

PUTRAJAYA – Permohonan semakan kehakiman Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk mencabar kesahan pelantikan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Md Raus Sharif dan bekas Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin berakhir hari ini setelah Mahkamah Persekutuan menolak permohonannya untuk kebenaran membuat rayuan.

Keputusan mahkamah itu bermakna Mahathir tidak boleh meneruskan rayuannya ke Mahkamah Persekutuan.

Hakim Datuk Rohana Yusuf yang mempengerusikan panel tiga hakim berkata, tiada isu lagi mengenai pelantikan kedua-dua hakim utama itu setelah Mahkamah Persekutuan telah memutuskan dalam kes Badan Peguam Malaysia.

Beliau berkata, mahkamah berpendapat tiada alasan untuk tidak mengambil kira keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Badan Peguam Malaysia itu.

Dua lagi hakim ialah Datuk Mohd. Zawawi Salleh dan Tan Sri Idrus Harun.

Kategori