Saturday, April 20, 2024

Creating liberating content

Mangsa Banjir Di Mersing,...

JOHOR BAHRU - Jumlah mangsa banjir di Segamat dan Mersing terus meningkat kepada...

Tindakan Tegas Pihak Hina...

SHAH ALAM - Pemuda UMNO berpendirian bahawa tindakan tegas perlu diambil kepada pihak...

‘Supremacy’ Tidak Baik Untuk...

KUALA LUMPUR - Jurang prestasi yang semakin melebar dalam kalangan pasukan yang bertanding...

Pertarungan ‘Lightsaber’ Diiktiraf Sukan...

PARIS - Persekutuan Lawan Pedang Perancis telah mengiktiraf pertarungan 'lightsaber' atau pedang laser...

Perancang Utama Bakar Kereta Mufti Perlis Disambung Reman

KANGAR – Tempoh reman seorang duda yang merupakan suspek terakhir dalam kes membakar kenderaan rasmi Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin disambung dua hari lagi, esok dan Khamis ini, selepas tempoh asal selama empat hari berakhir hari ini.

Lelaki berumur 48 tahun itu yang tidak mempunyai pekerjaan tetap diberkas polis di sebuah rumah di Kampung Sekolah, Merbau Pulas, Kuala Ketil, Kedah pada kira-kira pukul 4 pagi, Sabtu lepas (6 Julai).

Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Wari Kiew berkata, polis memerlukan lebih masa untuk menyoal siasat lelaki itu di percayai perancang utama yang membakar kereta rasmi jenis Honda Accord yang digunakan Mohd. Asri pada kira-kira pukul 5.45 pagi 22 Mac lepas.

Enjin kereta milik kerajaan negeri itu musnah manakala cermin depan dan belakang dipercayai dipecahkan oleh beberapa lelaki di kediaman rasmi mufti itu di Jalan Persiaran Wawasan, Seriab, di sini.

Empat lagi suspek kes itu yang ditangkap kemudiannya dibebaskan dengan jaminan polis.


Pada 24 Mei lepas, seorang peniaga pasar malam, Mohd. Azimar Abd. Razak, 36, didakwa di Mahkamah Sesyen Kangar atas pertuduhan membakar kenderaan itu dengan beliau mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan.

Mohd. Azimar didakwa mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan (KK) dan dibaca bersama Seksyen 34 KK yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Kategori