• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, August 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penolakan Minoriti Bukan Ukuran – Najib

oleh
13/07/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA NERANG – Bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak mempersoal tindakan segelintir pemimpin mahupun ahli parti itu yang menolak pelantikan beliau sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional (BN), selain menyifatkan ia perkara biasa dalam parti politik.

Menurut beliau, penolakan golongan minoriti tidak boleh dijadikan ukuran, sebaliknya harus melihat kepada sumbangan individu terutama selepas kekalahan PRU14.

“Selama setahun ini, siapa selalu buat teguran kepada kerajaan PH? Siapa berani suarakan pendapat dan teguran? Adakah mereka atau pihak lain? Siapa turun ke peringkat bawah gerakkan sokongan kepada UMNO?

“Ini ukuran yang harus kita lihat, bukan pendapat satu dua pihak sahaja,” katanya, pada sidang media, selepas program Santai Petang bersama Bossku di Kuala Nerang, hari ini.

Najib berkata, agak sukar untuk memperoleh sokongan daripada semua pihak, namun keputusan itu dibuat secara sebulat suara dalam dewan tertinggi parti.

“Itu mekanisme penentuan yang diputuskan parti, yang penting apa yang kita boleh sumbang kepada parti,” katanya.

Menurutnya, perbezaan pendapat bukan bererti wujud perpecahan dalam parti, asalkan ia ditangani sebaik mungkin dengan mengutamakan perjuangan parti.

Najib berkata, faktor kekalahan BN pada PRU14 bukan terletak pada bahunya semata-mata, sebaliknya terdapat banyak faktor lain.

“Kita harus lihat ke depan apa yang patut kita lakukan selepas kalah. Daripada kekalahan itu, kita boleh belajar banyak berbanding kemenangan, dan bangkit dengan kekuatan baru,” katanya.

Secara sinis, katanya, jika itu dijadikan ukuran, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang sudah lama meletakkan jawatan atas kekalahan parti itu pada PRU.

Najib turut mengulangi pendirian beliau yang mahu ahli parti itu menerima kepulangan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi kembali menerajui UMNO.

“Memang wajar Ahmad Zahid kembali sebagai presiden kerana dari segi perlembagaan, mandat beliau adalah selama tiga tahun. Beliau bercuti pun atas keputusan peribadi, dan kes ini tak perlu rujuk kepada majlis tertinggi parti,” katanya.

Menurutnya, pihaknya yakin kemasukan semula Ahmad Zahid akan mengukuhkan semula kepimpinan UMNO dan terus berjuang sebagai parti pembangkang.

“Kita akan terus menegur kerajaan PH dalam menyampaikan permasalahan rakyat serta cadangan bernas. Jika ada yang tak setuju, ia perkara biasa, dalam pertandingan pun ada sokong ada tidak. Keputusan majoriti harus diterima,” katanya.

Najib turut menolak cadangan sekiranya ada yang mahu diadakan pemilihan semula bagi melantik kepimpinan parti.

“Tak wajar dan ia tidak perlu, kita hanya perlu patuh pada perlembagaan parti,” katanya. – Sinar Harian

Tags: Barisan NasionalNajib Tun RazakUMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Doktrin Penyatuan Ummah Ibarat Candu Politik, Macam Orang Ketagih Dadah – Rafizi

Doktrin Penyatuan Ummah Ibarat Candu Politik, Macam Orang Ketagih Dadah – Rafizi

13/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli mendakwa doktrin panyatuan ummah ibarat candu untuk membuatkan orang Melayu...

RCI Tabung Haji Perlu Kaji Perkembangan Selepas 2020 Termasuk UJSB

RCI Tabung Haji Perlu Kaji Perkembangan Selepas 2020 Termasuk UJSB

13/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) meminta skop Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung pengurusan Lembaga Tabung Haji (TH) tidak terhad...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd