• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, August 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pencemarah Motivasi Didakwa Salah Guna Kuasa

oleh
25/07/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Penceramah motivasi terkenal, Mohd. Noor Mamat, 46, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan menyalahgunakan kuasa untuk mendapatkan suapan bagi kepentingan dirinya melalui satu penganjuran acara ilmiah, tiga tahun lalu.

Bagaimanapun, tertuduh yang juga Pensyarah Akademi Pengajian Islam Kontemporari Universiti Teknologi Mara (UiTM), mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohd. Sabri Ismail.

Mengikut pertuduhan, penjawat awam itu didakwa menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan suapan bagi dirinya dengan mendaftarkan syarikat Ryan Services di dalam Borang Daftar Khidmat Runding menggunakan Integrated Consultancy System (ICONS). 

Perbuatan itu adalah bagi penganjuran program International Syariah Compliant Idea, Invention, Innovation & Design 2016 sedangkan penganjuran dijalankan oleh syarikat tertuduh iaitu IIII Education Servies pada 29 Jun 2016. 

Bagi kesalahan itu, tertuduh boleh didakwa dibawah Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 (Akta 694) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 (1) akta yang sama. 

Sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Mohamad Suffian Ja’afar memohon tertuduh diikat jamin sebanyak RM15,000 dengan seorang penjamin  serta pasportnya diserahkan kepada pihak mahkamah.

Mohd. Sabri kemudiannya membenarkan permohonan itu selepas pihak tertuduh yang diwakili peguam, Fahmi Abd Moin bersetuju dengan syarat pihak pendakwaan.

Tertuduh membayar jaminan tersebut. 

Tarikh sebutan semula kes ditetapkan 26 Ogos depan. – K! ONLINE

Tags: Mohd Noor Mamatpenceramah motivasipensyarah UiTMSPRM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

SPRM Tarik Balik Sekatan Ke Atas Semua Akaun Bank Cropmate

SPRM Tarik Balik Sekatan Ke Atas Semua Akaun Bank Cropmate

17/07/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Semua akaun bank milik Cropmate Berhad dan anak-anak syarikatnya yang sebelum ini dibekukan berhubung siasatan...

Tiada Unsur Rasuah Pemberimilikan Kolam Takungan Banjir – Hannah Yeoh

Tiada Unsur Rasuah Pemberimilikan Kolam Takungan Banjir – Hannah Yeoh

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Tiada unsur rasuah, penyelewengan serta salah guna kuasa dalam proses pemberimilikan enam kolam takungan banjir Dewan Bandaraya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd