• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelajar Cemerlang Lari Dari Rumah

oleh
02/07/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA SELANGOR – Seorang pelajar cemerlang sebuah sekolah berasrama di sini menghilangkan diri dari rumah keluarganya di Pekan Kuala Selangor pagi tadi.

Kehilangan Ahmad Fitri Mohammad Shaffie, 15, disedari ibunya, Mardiana Ismail, 58, ketika ingin menunaikan solat Subuh kira-kira jam 6.30 pagi.

Mardiana berkata, kali terakhir dia melihat Ahmad Fitri kira-kira jam 2 pagi tadi ketika anak bongsu daripada lima beradik itu sedang menjamah makanan.

“Bagaimanapun, selepas saya terjaga daripada tidur untuk bersiap-siap menghantarnya ke sekolah, saya tak nampak kelibat Ahmad tidur di ruang tamu rumah,” katanya.

Mardiana memberitahu, dia kemudiannya mencari Ahmad Fitri sekitar rumah sebelum menemui nota tulisan tangan anaknya itu atas meja solek.

“Dalam nota itu, dia meminta saya sekeluarga tidak mencarinya kerana sebaik saya membaca tulisan ini dia (Ahmad) dah tak ada di dunia ini,” katanya.

Katanya, dia dan suaminya, Mohammad Shaffie Hasan, 58, membawa Ahmad Fitri pulang ke rumah selepas menandatangani laporan prestasi di sekolah anaknya, Jumaat lalu.

“Sepatutnya saya menghantarnya ke asrama kelmarin (Ahad), tapi dia beri pelbagai alasan hingga menghilangkan diri,” katanya.

Menurutnya, anaknya itu dipercayai menghilangkan diri sehelai sepinggang dan tidak membawa telefon bimbit.

“Saya berusaha mencarinya di sekitar Klang selepas pemandu bas memaklumkan ternampak remaja mirip anak saya menaiki bas menuju ke sana,” katanya.

Sehubungan itu Mardiana membuat laporan polis di Balai Polis Kuala Selangor pada jam 8.30 pagi tadi.

Orang ramai yang melihat Ahmad Fitri atau mempunyai maklumat mengenainya diminta menghubungi Mardiana di talian 019-3811743 atau 013-2828390. – Sinar Harian

Tags: lari rumahPelajar Cemerlang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelajar Cemerlang Meninggal Dunia Sehari Sebelum SPM

Pelajar Cemerlang Meninggal Dunia Sehari Sebelum SPM

06/12/2024
0

KUALA LUMPUR: Seorang calon pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berusia 17 tahun meninggal dunia akibat strok sehari sebelum peperiksaan...

Pelajar Cemerlang Maut Jatuh Bangunan

18/11/2019
0

SUNGAI PETANI - Hasrat seorang bapa untuk menghadiahkan rantai kepada anak sulungnya tidak kesampaian setelah remaja 19 tahun itu dilaporkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd