• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, December 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelacur Maut Terjatuh Dari Tingkat 5 Hotel

oleh
26/07/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang wanita warga asing dipercayai pelacur maut apabila tergelincir dari tingkat lima sebuah hotel di Jalan Pasar Baharu, Pudu di sini tengah malam tadi.

Penolong Pengarah D7 Bukit Aman, Asisten Komisioner Mohd Hedzir Hussin berkata, wanita dipercayai berasal dari China itu terjatuh ketika cuba melarikan diri daripada ditahan pihak berkuasa melalui belebas luar hotel berkenaan kira-kira 12.15 tengah malam.

“Identiti mangsa belum dapat dikenal pasti. Mangsa maut di tempat kejadian. Tiga lagi pelacur cuba bersembunyi di kawasan belebas yang sama dan enggan memberi kerjasama,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian sebaik Op Noda bermula 10.50 malam tadi tamat empat jam kemudian.

Beliau berkata pihaknya terpaksa melepaskan tiga wanita terbabit dalam operasi kali ini bagi mengelak kejadian tidak diingini, namun operasi susulan akan dilakukan untuk membendung kegiatan pelacuran di kawasan berkenaan.

Mohd Hedzir berkata, operasi itu turut dibantu sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Hang Tuah.

Dalam operasi berkenaan, 30 wanita warga asing berusia lingkungan 19 hingga 51 tahun ditahan kerana menjalankan aktiviti pelacuran di dalam bangunan tersebut.

“Mereka yang ditahan terdiri daripada 24 warga Vietnam dan enam dari China. Selain itu, 93 pelanggan termasuk 16 warga asing dari Myanmar, China, India, Vietnam dan Bangladesh berusia 18 hingga 81 tahun turut ditahan ketika sedang menunggu giliran untuk mendapatkan khidmat seks dengan harga bermula RM80 hingga RM120.

“Lapan pekerja termasuk dua lelaki warga China dan seorang warga Myanmar berusia 17 hingga 55 tahun juga ditahan dalam operasi itu,” katanya.

Tags: hoteljatuh bangunankematianPelacur
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

2 Pelajar TAR UMT Maut Jatuh Kondominium Sama Dalam 24 Jam

2 Pelajar TAR UMT Maut Jatuh Kondominium Sama Dalam 24 Jam

21/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Dua pelajar Universiti Pengurusan dan Teknologi Tunku Abdul Rahman (TAR UMT) maut selepas terjatuh dari tempat tinggi melalui...

Pelajar Mati Disyaki Jatuh Bangunan: Polis Jalankan Siasatan Menyeluruh Kesan Punca

Pelajar Mati Disyaki Jatuh Bangunan: Polis Jalankan Siasatan Menyeluruh Kesan Punca

18/07/2025
0

PAPAR: Polis sedang menjalankan siasatan menyeluruh bagi mengenal pasti punca kematian seorang pelajar yang ditemui pengsan di dalam longkang berhampiran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd