• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pandalela, Mun Yee Hadiahkan Pingat Pertama Negara

oleh
15/07/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pasangan terjun negara, Pandalela Rinong-Leong Mun Yee mengakhiri kemarau pingat Malaysia di Kejohanan Akuatik Dunia Fina ke-18 di Gwangju, Korea Selatan, dengan memenangi pingat perak hari ini.

Menurut laman web Persekutuan Renang Antarabangsa (FINA); www.fina.org, Pandalela-Mun Yee menamatkan acara terjun 10 meter platform berirama dengan mengumpul 312.72 mata selepas lima terjunan di tempat kedua.

China meneruskan penguasaan mereka dalam acara itu, selepas pasangan penerjun mereka Lu Wei-Zhang Jiaqi menang emas dengan 345.24 mata, sementara pasangan dari Amerika Syarikat Samantha Bromberg-Katrina Young, gangsa (304.86 mata).

Keputusan hari ini merupakan peningkatan bagi Pandalela dan Mun Yee, selepas pasangan tersebut memenangi gangsa pada acara yang sama pada dua edisi — 2009 di Rom dan 2013 di Barcelona.

Untuk rekod, Pandalela juga menang pingat gangsa dalam acara terjun 10 meter platform individu pada tahun 2015 di Kazan dan juga terjun 10 meter platform berirama bersama Cheong Jun Hoong pada tahun 2017 di Budapest. 

Tags: akuatikLeong Mun YeePandelela Rinongpasangan terjun
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pandelela, Dhabitah Berganding Semula

06/04/2022
0

PERSOALAN mengenai siapa yang akan menjadi pasangan baharu ratu terjun negara, Datuk Pandelela Rinong dalam acara 10 meter (m) platform...

Agong Zahir Tahniah, Bangga Kejayaan Pandelela

06/05/2021
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan tahniah kepada penerjun negara, Pandelela Rinong...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd