• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 2, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nordiana, Wanita Bertudung Pertama Juarai Gusti

oleh
08/07/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Seorang wanita bertudung yang dikenali sebagai Nordiana yang menjuarai pertandingan gusti di mana videonya tular baru-baru ini menyatakan kejayaannya menjuarai pertandingan Malaysia Pro Wrestling-The Wrestleconi adalah permulaan baginya.

Dalam laman Istagramnya nordianapw berkata, bahawa tiada siapa yang melihat apa yang beliau mampu lakukan.

“Dan kepada semua orang yang bertanya: Apa yang akan datang untuk Phoenix? Nah, untuk menjawabnya, ini hanya permulaan. Tiada siapa yang melihat apa yang Nor ‘Phoenix’ Diana mampu sepenuhnya. Terdapat juara baru. Ini adalah permulaan era baru,” kongsinya.

Dalam pada itu, beliau yang berusia 19 tahun merupakan wanita bertudung Malaysia pertama yang memecah rekod selepas dinobatkan sebagai juara dalam pertandingan gusti tersebut.

Kemenangan itu dipaparkan dalam satu video yang tular di media sosial, menunjukkan Nordiana bergusti sebelum diumum juara pertandingan setelah menewaskan lawannya.

Kemenangan Nordiana itu disifatkan sebagai yang pertama seumpamanya dan berkemungkinan kemenangan bertaraf dunia pertama selepas berjaya mengalahkan beberapa ahli gusti lelaki terbesar di negara ini.

Video tersebut juga dikongsikan seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai Nimelesh dengan ciapan tanda pagar #WomensRevolution.

Nordiana turut mengucapkan penghargaan kepada jurulatihnya yang dikenali sebagai Ayez Shaukat Fonseka kerana mempercayai kebolehannya.

“Tiga tahun lalu saya membuat kemunculan saya di Kuash Theater dan tidak menang. tiga tahun kemudian, saya berdiri di gelanggang sama, menang, sebagai juara Wrestlecon @mwrwrestling baru.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada @ayezhaukatfonseka kerana mempercayai saya sejak hari pertama saya meletakkan kaki saya di dalam arena. Tanpa bimbingan dan tunjuk ajar, saya tidak berada di tempat saya hari ini,” katanya.

Menurut Diana, beliau mula berkecimpung di dalam arena gusti sejak tiga tahun lalu apabila minatnya menyebabkannya melebarkan minatnya untuk memasuki Persatuan Gusti Malaysia (MYPW).

“Saya segera memutuskan untuk menyertai mereka, untuk berlatih bersama mereka dan mengikuti impian saya untuk menjadi ahli gusti profesional.

“Saya tidak dilayan secara berbeza hanya kerana saya seorang gadis, atau kerana saya memakai tudung. Saya adalah salah seorang daripada dua wanita di MyPW, dan kami berlatih dengan lelaki,” katanya yang memetik laporan Sun Daily. – Sinar Harian

Tags: gustiMYPWNordianatudungWanita
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kajian Pilihan Raya Kerajaan Tempatan Dibentang Akhir Tahun

Next Post

Haziq Boleh Merayu Keputusan Dipecat – Anwar

Related Posts

Wanita Sedang Bersarapan Maut Dilanggar MPV Terbabas

Wanita Sedang Bersarapan Maut Dilanggar MPV Terbabas

28/04/2025
0

SUNGAI PETANI: Seorang wanita yang sedang bersarapan maut dilanggar sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) terbabas dan merempuh sebuah kedai makan...

Selangor Pertimbang Penjawat Awam Wanita Pulang Awal Ketika Ramadan

Selangor Pertimbang Penjawat Awam Wanita Pulang Awal Ketika Ramadan

27/02/2025
1

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor akan mempertimbangkan untuk memberi kelonggaran kepada penjawat awam wanita pulang awal ketika Ramadan. Menteri Besar...

Next Post

Haziq Boleh Merayu Keputusan Dipecat - Anwar

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd