• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, September 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Sindir Guan Eng Gerenti Terlepas Tindakan Parlimen

oleh
11/07/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak percaya Lim Guan Eng akan terlepas daripada tindakan oleh Parlimen setelah terbukti beliau berbohong dan mengelirukan Dewan Rakyat.

Komen bekas perdana menteri itu susulan laporan sebuah portal yang mendakwa laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) berhubung tuntutan bayaran balik Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang akan dibentang minggu depan didapati wang tersebut tidak dicuri atau dirompak.

“Bermaksud parlimen dengan rasminya telah mengesahkan Guan Eng membohong dalam parlimen. Ada bukti video pembohongan dari mulut dia. Tuduhan itu juga dilaporkan dengan meluas oleh media masa itu.

“Tapi ianya pasti bahawa Guan Eng akan terelepas dari tidak apa-apa tindakah oleh parlimen PH setelah terbukti membohong dan mengelirukan Dewan Rakyat.

“Gerenti,” katanya menerusi posting di Facebook beliau.

Ini kerana, dakwanya dalam kes rogol pun polis tidak berani untuk menahan wakil rakyat DAP untuk siasatan.

“Kes ketua bahagian DAP ugut ketua polis daerah secara bertulis pun lepas begitu sahaja.

“Ini kan “hal kecil” memfitnah dalam Parlimen dan membohong seluruh Rakyat Malaysia tentang berpuluh bilion Ringgit?” sindir beliau.

Sebuah portal hari ini melaporkan PAC dipercayai mendapati dakwaan Menteri Kewangan bahawa pentadbiran BN sebelum ini “merompak” dana untuk bayaran balik GST sebagai tidak tepat.

Lapornya, PAC mendapati pentadbiran Barisan Nasional  membuat anggaran berlebihan (overestimate) untuk hasil yang akan diterima daripada GST dan pada masa sama membuat anggaran rendah berkenaan jumlah yang diperlukan untuk bayaran balik.

Bagaimanapun kerajaan dahulu tidak ‘mencuri’ atau mengambil dana dalam akaun disatukan untuk bayaran balik tersebut, menurut laporan portal tersebut. – MalaysiaGazette

Tags: Dewan RakyatGSTLim Guan EngNajib Tun RazakPACParlimen
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Lim Guan Eng Menteri Kewangan Paling Gagal – Fadzmel Fadzil

Lim Guan Eng Menteri Kewangan Paling Gagal – Fadzmel Fadzil

05/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Setiausaha Akhbar kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Fadzmel Fadzil membidas Lim Guan...

PAC Buka Prosiding Siasat Tadbir Urus, Kewangan dan Pelaburan Tabung Haji

PAC Buka Prosiding Siasat Tadbir Urus, Kewangan dan Pelaburan Tabung Haji

26/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Parlimen bersetuju sebulat suara untuk memulakan prosiding bagi menyiasat kelemahan tadbir urus,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd