Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

16 Feb Pengurusan Kes...

BALIK PULAU - Mahkamah Sesyen di sini hari ini menetapkan 16 Feb depan...

KRT Di Sabah Perlu...

KOTA KINABALU - Komuniti di setiap Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di Sabah perlu...

Harga Runcit Ron95, Diesel...

PUTRAJAYA - Harga runcit petrol RON95 dan diesel dijangka meningkat pada Januari ini...

88 Kg Sampah Dikutip...

KUALA LUMPUR - Sampah seberat hampir 88 kilogram berjaya dikutip dalam tempoh satu...

Mayat Lelaki Jatuh Feri Ditemui

SEBERANG PERAI – Mayat lelaki yang terjatuh dari sebuah feri yang dalam perjalanan dari Butterworth menuju ke George Town semalam ditemui di perairan berdekatan Persiaran Gurney, George Town dekat sini sebentar tadi.

Mayat Tham Kok Keong, 47, ditemui kira-kira pukul 10.40 pagi oleh nelayan sebelum memaklumkan kepada pihak berkuasa yang melakukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di kawasan perairan negeri ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, operasi berkenaan dimulakan pukul 8 pagi tadi selepas dihentikan kira-kira pukul 12 tengah malam tadi.

“Mayat ditemui dalam keadaan terapung pada jarak kira-kira 4.8 kilometer dari lokasi mangsa terjun semalam.

“Berdasarkan kad pengenalan yang ditemui di dalam sebuah kereta yang ditinggalkan di atas feri itu, identiti mangsa disahkan dan kes diklasifikasikan sebagai bunuh diri,” katanya kepada pemberita sebentar tadi.

Terdahulu, mangsa dilaporkan jatuh ke dalam laut kira-kira pukul 6.15 petang semalam selepas seorang saksi yang berada di atas sebuah feri lain yang berselisih mendakwa melihat mangsa terjun. 

Kategori