• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Maya Karin Nafi Jadi Punca Nik Nazmi Bercerai

oleh
03/07/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JIKA sebelum ini pernah dikaitkan dengan seorang ahli politik dari parti pembangkang, kali ini, nama Maya Karin sekali lagi didakwa menjadi punca keruntuhan rumah tangga Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Sehubungan itu, pelakon filem Ombak Rindu itu tampil menegaskan, perceraian Nik Nazmi dengan Dr. Imaan Abdul Rahim tiada kaitan dengannya.

Menurut laporan portal Utusan Malaysia, Maya mengakui mengenali Nik Nazmi, namun hubungan mereka sekadar kenalan biasa sahaja seperti mana dengan beberapa ahli politik lain.

“Saya berkawan dengan ramai ahli politik. Pada usia saya sekarang, saya lebih selesa untuk berkenalan dan berbincang dengan golongan tersebut, dan ya, saya kenal dia (Nik Nazmi).

“Tetapi saya tidak tahu dari mana datangnya cerita ini dan kenapa saya dikaitkan.

“Saya berharap mereka (Nik Nazmi dan bekas isteri) dapat menghadapi dugaan itu dan teruskan menjalani kehidupan,” katanya seperti dilapor portal Utusan Malaysia.

Maya atau nama sebenarnya Maya Karin Roelcke, 39, berkata demikian sebagai mengulas mengenai dakwaan dia didakwa sebagai punca keruntuhan rumah tangga Nik Nazmi dan Dr. Imaan.

Maya juga menegaskan, dia tidak terkejut dengan dakwaan terbaharu ke atasnya memandangkan sebelum ini pun, namanya sudah sering dikaitkan dalam skandal dengan ahli politik.

“Dakwaan sebegini tidak membuatkan saya melenting atau rasa apa-apa. Saya sudah lali,” ujarnya lagi.

Pada Selasa, rumah tangga Nik Nazmi dan Dr. Imaan yang berusia 14 tahun berakhir dengan perceraian.

Pasangan berkenaan berpisah dengan talak satu dalam prosiding di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan. – Astro AWANI

Tags: maya karinNik Nazmi Nik AhmadPerceraian
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Parti Bersama Bantah Garis Panduan Perancangan Rumah Ibadah Bukan Islam

Parti Bersama Bantah Garis Panduan Perancangan Rumah Ibadah Bukan Islam

12/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Parti Bersama Malaysia (Bersama) membantah Garis Panduan Perancangan Rumah Ibadah Bukan Islam (RIBI) 2025 di Selangor yang...

Rafizi, Nik Nazmi Sahkan Bersama Sertai PRN Johor

Rafizi, Nik Nazmi Sahkan Bersama Sertai PRN Johor

03/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Parti Bersama Malaysia (Bersama) mengesahkan akan menyertai Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor 2026. Perkara itu dimaklumkan oleh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd