• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kucing Tak Bersalah Berak Depan Rumah Jiran – UAI

oleh
08/07/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Isu kucing berkeliaran dan membuang najis merata-rata bukan perkara biasa, malah menjadi antara perkara yang boleh mendatangkan permusuhan sesama jiran tetangga.

Akibat sikap kurang cakna tuan punya kucing yang menganggap perkara itu remeh, ia akhirnya meletakkan nyawa haiwan peliharaan mereka dalam bahaya sekaligus menjadi mangsa keadaan.

Mungkin ramai juga yang tidak mengetahui, sebenarnya terdapat tindakan yang boleh diambil dari sudut agama sehingga tular semula video memaparkan pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus menjawab persoalan berkaitan isu kucing berak merata ini.

Menerusi video berdurasi lebih tiga minit itu, Azhar menegaskan dalam kes tersebut, kucing yang membuang najis di rumah orang tidak bersalah, sebaliknya yang bersalah adalah pemilik haiwan tersebut.

Beliau berkata, berdasarkan kitab Feqah, sesiapa yang menjadi mangsa boleh meminta pemilik kucing untuk membersihkan rumahnya, namun jika enggan, perlu dibayar ganti rugi.

“Elok dah hukum hakam….Maka kalau pemilik kucing enggan juga, boleh dilaporkan kepada kadi tapi takkan nak lapor kes kucing pada kadi?

“Jadi dalam kes begini, orang yang beriman dia tidak akan susahkan orang lain sama ada dengan mulut atau perbuatan. Melepaskan haiwan, membusukkan rumah orang lain, ini orang yang tidak sejahtera Islamnya,” katanya.

Azhar berkata, sekiranya pemilik kucing masih tidak mengendahkan aduan yang dibuat, maka harus untuk mangsa membuang haiwan peliharaan itu ke tempat lain.

“Kalau tuan kucing buat tak tahu dan rumah kita masih jadi sasaran najis-najis tersebut, hukumnya harus untuk kita buang benda yang mudarat.

“Kita boleh ambil haiwan itu dan letak di tempat yang jauh tapi dia boleh hidup,” aktanya.

Terdahulu, video tersebut dimuat naik di media sosial pada 27 September 2013, namun ia tular semula. – Sinar Harian

Tags: berakhaiwan peliharaankucingUstaz Azhar Idrus
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Mengapa Zalim Buang Kucing Bunting?

Mengapa Zalim Buang Kucing Bunting?

25/12/2025
0

Kalau benar kucing ini dibuang oleh manusia, tolong dengar baik-baik. Kucing ini jinak, bersih, dan jelas pernah hidup indoor. Lebih...

Warga Nepal Liwat, Campak Kucing Ditahan Reman – Polis

Warga Nepal Liwat, Campak Kucing Ditahan Reman – Polis

16/11/2025
0

SHAH ALAM: Polis menahan seorang lelaki warga Nepal yang disyaki meliwat dan mencampak seekor kucing dari aras empat sebuah pangsapuri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd