• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Krisis Kesihatan Orang Asli Kuala Koh Dalam Radar SPRM

oleh
11/07/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan pihaknya menerima laporan berkaitan krisis kesihatan yang berlaku di Kuala Koh, Gua Musang sehingga mengorbankan 15 nyawa Orang Asli suku kaum Bateq, bulan lalu.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya berkata, pihaknya akan meneliti laporan yang telah diterima sebelum mengambil sebarang tindakan susulan termasuk siasatan lebih terperinci jika wujud salah laku pihak tertentu berhubung insiden itu.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan butiran lanjut termasuk pihak yang membuat laporan.

“Kita ada menerima maklumat tetapi tidak membincangkan (mendedahkan kepada awam) apa tindakan kerana akan menjejaskan siasatan, risikan dan sebagainya.

“SPRM akan meneliti maklumat diterima dan menilainya. Jika ada (salah laku) kita akan ambil tindakan tidak kisah di peringkat mana pun dan perkara ini tidak khusus kepada kerajaan negeri Kelantan sahaja malah negeri-negeri lain juga,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas selesai melakukan kunjungan hormat terhadap Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Nazran Muhammad di pejabatnya di Kompleks Kota Darulnaim, di sini hari ini.

Media sebelum ini melaporkan 15 Orang Asli suku kaum Bateq disahkan maut akibat krisis kesihatan, iaitu penularan demam campak yang melanda kawasan penempatan mereka di Kuala Koh, Pos Lebir, Gua Musang.

Mangsa yang maut ialah Meknab Tebu, 63; Jais Keladi, 55; Romi Hamdan, 29; Leha Hamdan, 26; Haika Rahim, 22; Poja Jong, 21; Farah Rahim, 20; Fara Papan, 20; Safia Papan, 18; Din Hamdan, 18; Puspa Lie, 5; Nasri Rosli, 3; Mohd. Saleh Khaizan, 1; Amir Lie, 1, dan Jelik Jong yang usia tak dikenal pasti.

Mengulas pertemuan beliau dengan Nazran, Latheefa berkata isu di Gua Musang tidak dibincangkan, sebaliknya mereka menumpukan soal inisiatif SPRM dalam melaksanakan langkah pencegahan rasuah dan peranan kerajaan negeri. – UTUSAN ONLINE

Tags: Kuala kohLatheefa KoyaOrang asli batekSPRM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Azam Baki Seru Anggota SPRM  Terus Junjung Integriti, Jangan Goyah Dengan Kritikan Dan Fitnah

Azam Baki Seru Anggota SPRM Terus Junjung Integriti, Jangan Goyah Dengan Kritikan Dan Fitnah

24/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mengingatkan warga SPRM mesti terus menjunjung...

Exco Terengganu Ditahan SPRM, Arah GLC Ambil Dua Anak Bekerja

Exco Terengganu Ditahan SPRM, Arah GLC Ambil Dua Anak Bekerja

22/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Seorang Exco kerajaan Terengganu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki terlibat dalam salah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd