• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, October 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Kita Tahu Dalam UMNO Ada Kelompok Anti Najib” – Mustapha

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Pelantikan bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional (BN) dilihat menjadi polemik pertikaian beberapa pihak dalam parti itu.

Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menyifatkan, pelantikan Najib sebagai ‘langkah ke belakang’.

“Kita (BN) kalah di bawah siapa? Apa bentuk nasihat yang dia boleh berikan kepada kita?” kata bekas ahli Majlis Tertinggi UMNO itu.

Kelmarin Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar juga secara terbuka menyatakan tidak bersetuju dengan keputusan BN melantik Najib.

Jelasnya, beliau tidak lagi gembira bersama UMNO selepas Najib dilantik mengisi posisi itu.

Setiausaha Agung Veteran UMNO, Datuk Mustapha Yaakub berkata, kelayakan bekas Perdana Menteri itu tidak wajar dipersoalkan kerana pengalaman yang dimiliki sebelum ini ketika menjadi Pengerusi BN dan menerajui negara melayakkan beliau dilantik bagi jawatan tersebut.

“Tidak ada sebab mengapa Najib perlu ditolak kerana peranan dan sumbangan beliau sebelum ini telah terbukti. Ini salah satu cara parti memberikan penghormatan kepada dirinya yang telah berbakti sehingga ke hari ini untuk UMNO dan BN.

“Bukan beliau yang meminta jawatan tersebut tetapi diberikan hasil daripada persetujuan pimpinan tertinggi BN seperti UMNO, MCA dan MIC. Jika ada individu bersedia memberikan pandangan demi memperkukuhkan BN dan memenangi semula hati rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke15 (PRU15) mengapa kita mahu ketepikan,” katanya.

Mustapha turut mempersoalkan siapa Khairy dalam UMNO untuk menyatakan rasa tidak bersetuju dengan pelantikan bekas Presiden parti itu.

“Siapa Khairy dalam UMNO sekarang ini untuk bersuara mempersoalkan pelantikan yang telah dipersetujui. Beliau kini tidak mempunyai apa-apa jawatan dan kalau bukan menjadi Ahli Parlimen, Khairy bukan siapa-siapa.

“Kita tahu dalam UMNO ini ada kelompok tertentu yang anti kepada Najib sejak dari dahulu lagi. Setiap apa yang dilakukan oleh Najib akan dikritik dan tidak akan dipersetujui walaupun ia membawa kebaikan. Ia lebih kepada soal peribadi,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Fathul Bari Mat Jahya ketika dihubungi enggan mengulas mengenai pelantikan Najib. – Sinar Harian

Tags: Barisan NasionalMustapha YaakubNajib Tun RazakUMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

UMNO Kenang Tun Dr Siti Hasmah, Titip Doa Buat Tun Mahathir

UMNO Kenang Tun Dr Siti Hasmah, Titip Doa Buat Tun Mahathir

28/09/2026
0

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan pemergian Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali...

UMNO Seru Umat Islam Pertahan Kesucian, Keselamatan Tanah Haram

UMNO Seru Umat Islam Pertahan Kesucian, Keselamatan Tanah Haram

21/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan Makkah al-Mukarramah dan Madinah al-Munawwarah mesti kekal terpelihara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd