• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, February 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kilang Haram Di Pasir Gudang Akan Ditutup

oleh
04/07/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan memastikan semua kilang yang didapati beroperasi secara haram di Pasir Gudang, Johor ditutup, kata Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Yeo Bee Yin.

Beliau berkata ini antara langkah bagi mengawal kualiti udara di kawasan berkenaan yang kini sekali lagi berdepan isu pencemaran selepas insiden Sungai Kim Kim pada Mac lepas.

“Hari ini saya ada satu mesyuarat dengan Menteri Besar Johor, kita akan membuat sesuatu yang mana kita nak sasar kilang-kilang haram. Dalam masa sebulan ini kita akan adakan operasi bersepadu supaya kita tutup semua kilang-kilang haram di Pasir Gudang,” katanya pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

“Saya juga nak minta anggota-anggota Dewan Rakyat dan rakyat di Pasir Gudang supaya lapor kepada Jabatan Alam Sekitar (JAS) kalau ada maklumat tentang kilang-kilang haram, kita akan pergi dan tutup,” kata Yeo.

Beliau menjawab soalan tambahan Hassan Abdul Karim (PH-Pasir Gudang) berkaitan kedua-dua insiden di kawasan berkenaan.

Yeo menegaskan apa yang diperlukan dalam menyelesaikan masalah kualiti udara di Pasir Gudang ialah anjakan paradigma dan mencari pendekatan berbeza berbanding sebelum ini.

Menteri itu seterusnya berkata beberapa pendekatan lain turut digariskan termasuk mewujudkan sebuah pejabat Jabatan Alam Sekitar (JAS) cawangan Pasir Gudang dan membangunkan sistem bagi menganalisis dan menentukan ‘carrying capacity’.

Kerajaan juga, kata Yeo, akan mewujudkan stesen pengawasan gas pencemar toksik automatik secepat mungkin dan mewajibkan beberapa tindakan pematuhan baharu kepada premis industri di Pasir Gudang termasuk memasang alat pemantauan secara berterusan.

“Kementerian juga akan adakan program sekolah angkat oleh industri terutama bagi sekolah berisiko tinggi yang mana lokasi mereka dekat dengan kilang, dan industri-industri ini akan bekalkan kemudahan seperti gas detector dan air purifier ke sekolah angkat masing-masing,” katanya.

Yeo menegaskan kerajaan mengambil berat isu pencemaran udara serta telah meningkatkan dengan begitu ketara tahap pemantauan dan penguatkuasaan di Pasir Gudang selepas insiden di Sungai Kim Kim.

Tags: kilang harampasir gudangpencemaranYeo Bee Yin
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kilang Haram E-waste Diserbu, Pemilik Warga China Ditahan, Rampasan RM21.83 Juta

Kilang Haram E-waste Diserbu, Pemilik Warga China Ditahan, Rampasan RM21.83 Juta

07/02/2025
0

BUKIT MERTAJAM - Seramai 11 warga asing ditahan dalam serbuan sebuah kilang yang menjalankan aktiviti melerai buangan elektrik dan elektronik...

RM20 Juta, Penjara Untuk Pencemar Bekalan Air

RM20 Juta, Penjara Untuk Pencemar Bekalan Air

13/02/2023
0

KUALA LUMPUR : Denda maksimum hingga RM20 juta dan pemenjaraan hingga 20 tahun adalah hukuman boleh dikenakan terhadap pihak yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd