• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Serang Penolong Kanan SMK Gunung Selesai Hari Ini

oleh
22/07/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BACHOK – Video beberapa lelaki menyerang Penolong Kanan Pentadbiran (PKP) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gunung, Sirajudin Jusoh dekat sini yang tular di laman sosial sejak semalam dikatakan berpunca daripada salah faham dalam menyelesaikan kes disiplin murid.

Sumber pejabat pendidikan daerah (PPD) berkata, ketegangan itu tidak akan tercetus sekiranya keluarga pelajar datang ke sekolah dengan cara yang baik dan bersopan bagi menyelesaikan kes anak mereka.

Katanya, isteri salah seorang lelaki tersebut dikatakan telah memberitahu suaminya bahawa dia telah dimaki hamun oleh guru tersebut.

“Berpunca daripada salah faham apabila isteri lelaki itu memaklumkan dia diserang PKP sedangkan pentadbir nombor dua sekolah itu menelefon untuk memaklumkan kes gantung sekolah salah seorang pelajar yang mana penjaga perlu hadir untuk tanda tangan aku janji bersama anaknya,” katanya di sini, malam tadi.

Video berdurasi tiga minit 31 saat itu turut memperlihatkan lelaki itu bertindak memarahi Sirajudin di kawasan perkarangan sekolah dan cuba mengheret mangsa ke luar kawasan sekolah kononnya untuk menyelesaikan masalah.

Menurutnya, kejadian itu dipercayai berlaku pukul 10.30 pagi Sabtu lalu dan tular di media sosial yang memaparkan Sirajudin dimaki serta ‘disentuh’ salah seorang lelaki sambil mendakwa guru itu menyumpah seranah isterinya.

“Lelaki terbabit dikatakan bapa saudara kepada pelajar yang menerima hukuman gantung kerana kes disiplin di mana pihak sekolah mempunyai cukup bukti berkaitan masalah itu.

“Surat panggilan ibu bapa turut diberikan kepada pelajar terbabit namun tidak diserahkan kepada ibu bapa atau penjaganya sehingga menyebabkan PKP sekolah itu menghubungi penjaga pelajar itu menerusi telefon,” katanya.

Bagaimanapun, difahamkan lelaki berkenaan telah memohon maaf setelah memahami kes sebenar namun tindakan sedemikian boleh mengundang padah kepada guru berkenaan sekiranya mengikut arahan mereka supaya berbincang di luar kawasan sekolah.

Difahamkan, pihak pengurusan SMK gunung akan mengadakan sidang akhbar di sekolah itu pagi ini yang mungkin akan dihadiri pegawai dari Jabatan Pendidikan Negeri.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden Nik Aminuddin Raja Ali berkata, setakat ini pihaknya belum menerima sebarang aduan mengenai kejadian tersebut.

Tambahnya, polis akan melakukan siasatan segera sekiranya mangsa tampil membuat aduan dan mungkin kes ini diselesaikan menerusi perundingan keluaraga pelajar dengan pihak sekolah.

Tags: Guruibu-bapakes serangmuridpelajar
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

6 Pelajar Disyaki Membuli Bakal Disingkirkan Dari MRSM – Asyraf Wajdi

6 Pelajar Disyaki Membuli Bakal Disingkirkan Dari MRSM – Asyraf Wajdi

28/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Enam pelajar Tingkatan Lima yang disyaki terbabit dalam satu kes buli di sebuah Maktab Rendah Sains MARA...

POSCO Malaysia Tebang Pokok Ancam Keselamatan Pelajar SMK Pulau Indah

POSCO Malaysia Tebang Pokok Ancam Keselamatan Pelajar SMK Pulau Indah

16/06/2026
0

KLANG - Kakitangan POSCO Malaysia mengambil inisiatif melaksanakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) bagi membantu mempertingkatkan tahap keselamatan di Sekolah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd