• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kembara Mahkota Johor 2019 Bermula

oleh
20/07/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Kembara Mahkota Johor 2019 edisi ke-22 bermula hari ini, dengan menyaksikan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menjelajah perjalanan sejauh 240 kilometer untuk hari pertama.

Dengan menunggang motosikal berkuasa tinggi, ‘Harley-Davidson 2019 Road King Special Touring Bike’, rombongan diketuai baginda Tuanku memulakan perjalanan sekitar jam 8 pagi dari Istana Pasir Pelangi, di sini.

Turut berangkat, Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman; Tunku Putera Johor, Tunku Abu Bakar serta suami kepada Tunku Puteri Johor, Datuk Dennis Muhammad Abdullah.

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan mengaminkan bacaan doa pelepasan di Istana Pasir Pelangi, di sini hari ini.
Hadir sama pada pelepasan Kembara Mahkota Johor 2019 adalah Menteri Besar Johor, Datuk Dr. Sahruddin Jamal dan Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Azmi Rohani.

Destinasi pertama persinggahan adalah Dataran Majlis Daerah Pontian, disusuli dengan Kampung Sungai Nibong (Semerah, Batu Pahat) selain Kompleks Sukan Tok Laji (Kesang Tasek, Tangkak) dan Maharani Up Town (Muar).

Keseluruhan perjalanan Kembara Mahkota Johor edisi kali ini menyaksikan perjalanan sejauh 686 kilometer melibatkan 10 daerah selama tiga hari, bermula hari ini hingga Isnin.

Sepanjang kembara, baginda Tuanku bersama keluarga diraja Johor dan ahli rombongan dijangka mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti termasuklah sukan rakyat, selain beramah mesra dengan rakyat jelata.

Tags: Kembara Mahkota JohorSultan Ibrahim Sultan Iskandar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hati Rakyat Tersentuh, Foto Sayu YDP Agong Undang Sebak

Hati Rakyat Tersentuh, Foto Sayu YDP Agong Undang Sebak

22/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Hantaran di laman media sosial rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menyentuh hati ramai apabila baginda berkenan menziarahi...

Sultan Ibrahim Tegur Persekitaran Flat Kos Rendah Di Johor kotor

Sultan Ibrahim Tegur Persekitaran Flat Kos Rendah Di Johor kotor

18/05/2023
0

JOHOR BAHRU - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menzahirkan perasaan kecewa terhadap keadaan bangunan, penyelenggaraan serta tahap kebersihan flat-flat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd