• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Keluarga Adam Mahu Siasatan Menyeluruh, Saman Pihak Terlibat

oleh
05/07/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MACHANG – Keluarga murid Tahun Enam, Wan Mohammed Adam Mohd. Suria, 12, yang meninggal dunia selepas terjatuh dari lantai bas yang reput mahu pihak berkuasa menjalankan siasatan menyeluruh berhubung tragedi tersebut.

Ibu mangsa, Nik Hasmani Mohamad, 44, berkata, dia mengharapkan pihak berkuasa menjalankan siasatan punca kejadian yang mengakibatkannya kehilangan satu-satunya anak lelaki daripada empat beradik itu berlaku.

“Macam mana kejadian ini boleh berlaku? Macam mana tiada orang dewasa dalam bas? Hanya murid sekolah sahaja, tiada cikgu pun dalam bas. Cikgu tidak ikut kerana penganjurnya orang lain.

“Saya memberi kebenaran Adam (nama manja mangsa) mengikuti program ini kerana fikirkan pelajarannya, lagi pun Adam ada ujian percubaan minggu depan,” katanya dalam keadaan sebak ketika ditemui di sini malam tadi.

Suri rumah itu ditemui di Tanah Perkuburan Islam Kampung Baka di sini selepas jenazah murid Sekolah Kebangsaan Tok Bok itu selamat dikebumikan.

Dia serta tiga anak perempuannya iaitu Wan Nurfazleen Amirah, 22; Wan Nurfazreen Athirah, 18, dan Wan Nurfaresya Amanda, 15, dilihat tidak dapat menahan perasaan sebaik jenazah Adam dimasukkan ke liang lahad.

Nik Hasmani berkata, antara detik terakhir yang akan menjadi kenangannya bersama Adam adalah dia meminta anak lelakinya itu agar cemerlang dalam ujian percubaan UPSR minggu depan.

“Dia anak yang aktif dalam segala aktiviti di sekolah, minggu depan nak percubaan, saya pesan kalau boleh dapat 3A atau 4A. Dia tak kata apa kemudian dia belajar sebelum pergi bermain.

“Dia anak yang manja kalau baring atau tidur dekat-dekat mesti kepalanya atas riba saya,” ujarnya.

Sementara itu, kakak Wan Mohammed Adam, Wan Nurfazleen Amirah berkata, dia tidak teragak-agak untuk menyaman pihak yang terlibat sekiranya wujud unsur cuai dalam kejadian meragut nyawa adik bongsunya itu.

“Kena ambil tindakan kepada penganjur dan syarikat bas (sekiranya cuai), pihak mereka tidak ambil tahu bas apa yang ditempah. Pihak polis juga perlu siasat sama ada bas itu mempunyai permit sah atau tidak.

“Tindakan saman juga perlu sebab takut kejadian sama akan menimpa orang lain pula. Saya dan adik bongsu amat rapat, segala permintaannya saya berikan semua. Tidak sangka Adam pergi dalam sekelip mata,” kata pelajar sebuah kolej di Selangor itu.

Dalam kejadian pada pukul 11.50 pagi semalam, Wan Mohammed Adam, 12, maut di tempat kejadian akibat parah di seluruh badan.
 
Sebelum kejadian, seramai 31 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Bok, Machang berada dalam bas berkenaan sedang dalam perjalanan ke Besut, Terengganu.

Siasatan polis mendapati, mangsa bermain di bahagian hadapan sebelah kiri pemandu dan melompat di kawasan lantai reput semasa bas sekolah sedang bergerak.

Secara tiba-tiba mangsa melompat ke bahagian hadapan pintu sebelum terjatuh dan digilis menyebabkan kanak-kanak itu mengalami kecederaan parah. – K! ONLINE

Tags: bas sekolahkemalangan mautlantai bas reput
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Bekas Bos Haziq Cari Pengganti Ada ‘Six Packs’

Next Post

Vincent Tan Tingkat Pegangan Dalam Caring Pharmacy

Related Posts

Dua Warga Asing Maut Kereta Langgar Lori Buat Pusingan U

Dua Warga Asing Maut Kereta Langgar Lori Buat Pusingan U

23/05/2025
0

MELAKA: Seorang lelaki dan wanita warga asing maut selepas kereta dinaiki mereka melanggar sebuah lori di Lebuh AMJ (Alor Gajah-Melaka...

Pelajar Kolej Maut, Rakan Perempuan Parah Motosikal Terbabas

Pelajar Kolej Maut, Rakan Perempuan Parah Motosikal Terbabas

12/05/2025
0

Seremban: Pelajar kolej maut manakala rakan perempuannya cedera parah selepas motosikal yang dinaiki mereka terbabas di KM 223.7 Lebuhraya Utara...

Next Post

Vincent Tan Tingkat Pegangan Dalam Caring Pharmacy

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd