• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jumlah Mangsa Banjir Kilat Di Melaka Terus Meningkat

oleh
08/07/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Jumlah mangsa banjir kilat di Melaka pada hari kedua terus meningkat kepada 1,391 orang melibatkan 318 buah keluarga setakat 8 pagi ini berbanding 1,149 orang mangsa daripada 260 buah keluarga malam tadi.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka, Lt. Kol. (PA) Effendy Ali berkata, lima buah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) mencatat penambahan jumlah mangsa, satu PPS baru dibuka, tiga buah PPS mengalami penurunan manakala jumlah mangsa di dua lagi PPS tidak berubah.

“Lima buah PPS yang dilaporkan mengalami peningkatan jumlah mangsa ialah PPS Belimbing Dalam (343 mangsa daripada 87 keluarga), PPS Sekolah Kebangsaan Krubong (246 mangsa daripada 58 keluarga), PPS Balai Raya Bukit Baru (41 mangsa daripada lapan keluarga), PPS Bukit Masjid Al-Rasyidin (133 mangsa daripada 27 keluarga) dan PPS Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Pengkalan (139 mangsa daripada 36 keluarga),” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Effendy yang juga Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Melaka berkata, sebuah PPS baru dibuka iaitu PPS Sekolah Kebangsaan Taman Merdeka yang menempatkan seramai 250 mangsa melibatkan 63 buah keluarga.

Katanya, jumlah mangsa banjir di dua buah PPS iaitu PPS Balai Raya Panchor dan PPS Balai Raya Sungai Tuang tidak berubah.

“Seramai 97 orang mangsa yang terdiri daripada pelajar dan kakitangan pusat tahfiz masih berteduh di PPS Balai Raya Panchor dan sembilan orang mangsa daripada dua keluarga di PPS Balai Raya Sungai Tuang,” katanya.

Beliau berkata, hanya tiga buah PPS mengalami penurunan iaitu di PPS Balai Raya Gadek (50 mangsa daripada 15 keluarga), PPS Kampung Beringin (76 mangsa daripada 18 keluarga) dan PPS Balai Raya Bukit Tambun (tujuh mangsa daripada dua keluarga).

Tags: banjir kilatmangsa banjirMelaka
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Akmal Minta PH Jangan Fitnah Orang Melaka,  ‘Kami Juga Selalu Ke Johor, Bekerja Di Muar’

Akmal Minta PH Jangan Fitnah Orang Melaka, ‘Kami Juga Selalu Ke Johor, Bekerja Di Muar’

21/06/2026
0

MELAKA - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh membidas pemimpin Pakatan Harapan (PH), Adly Zahari yang mendakwa rakyat...

Adly Zahari Dakwa Rakyat Johor Utara ‘Melimpah’ Sehingga Ke Melaka

Adly Zahari Dakwa Rakyat Johor Utara ‘Melimpah’ Sehingga Ke Melaka

21/06/2026
0

SEGAMAT - Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka, Adly Zahari mendakwa Melaka kini 'dilimpahi' oleh rakyat Johor Utara disebabkan oleh pembangunan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd