• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Had Umur ADUN Masih 21, Negeri Perlu Pinda Peruntukan

oleh
27/07/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kelayakan ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Malaysia masih kekal pada 21 tahun meskipun Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 2019 diluluskan secara bipartisan di Parlimen, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Liew Vui Keong.

Ini kerana pindaan tersebut yang memberi hak kelayakan mengundi dan menjadi calon kepada warganegara berumur 18 tahun, selain pendaftaran pengundi secara automatik, hanya melibatkan kelayakan calon ahli Dewan Rakyat, katanya.

Sehubungan itu katanya, kerajaan negeri disarankan meminda peruntukan berkaitan had umur calon dalam perlembagaan negeri atau Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri masing-masing agar selaras dengan undang-undang persekutuan dan usaha bipartisan untuk memperkasa golongan muda dalam proses demokrasi.

Pada 16 Julai lepas, 211 daripada 222 orang ahli Dewan Rakyat mengundi pindaan tersebut bersamaan dengan 95 peratus sokongan daripada jumlah keseluruhan.

Pada 25 Julai pula, 47 daripada 67 orang ahli Dewan Negara hadir untuk mengundi bersamaan dengan 70.14 peratus.

Untuk rekod, pindaan perlembagaan itu memerlukan sokongan dua pertiga di Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

“Kerajaan ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada ahli-ahli Parlimen yang menyokong pindaan perlembagaan persekutuan tersebut,” kata Liew.

Liew bagaimanapun kesal apabila 20 orang ahli Dewan Negara gagal hadir dalam proses pindaan undang-undang itu.

Tags: 18 tahun21 tahunadunhad umurLiew Vui Keong
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiga ADUN Fail Saman Cabar Keputusan Speaker Isytihar Kekosongan Kerusi

Tiga ADUN Fail Saman Cabar Keputusan Speaker Isytihar Kekosongan Kerusi

02/01/2026
0

Kangar: Setelah lama mendiamkan diri di sebalik kemelut politik yang melanda Perlis, tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perlis secara...

Had Umur Media Sosial 16 Tahun Dibincangkan Minggu Depan

Had Umur Media Sosial 16 Tahun Dibincangkan Minggu Depan

17/10/2025
0

Putrajaya: Cadangan menaikkan had umur kepada 16 tahun bagi penggunaan media sosial di negara ini akan dibincangkan minggu depan, kata...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd