• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Fahmi Reza Gagal Ketepi Sabitan Hina Najib

oleh
05/07/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Pereka grafik, Mohd Fahmi Reza Mohd Zarin gagal dalam percubaan terakhir untuk mengetepikan sabitannya atas tuduhan memuat naik imej karikatur menghina bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, di akaun Facebooknya pada 2016.

Rayuannya ditolak oleh Mahkamah Rayuan hari ini, susulan keputusan sebulat suara panel tiga hakim yang dipengerusikan Datuk Kamardin Hashim dan dua hakim lagi ialah Datuk Wira Kamaludin Md Said dan Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah.

Hakim Kamardin berkata, mahkamah mendapati tiada merit dalam rayuan Mohd Fahmi Reza dan justeru itu sabitan terhadapnya adalah selamat untuk dikekalkan dan disokong dengan keterangan saksi-saksi pendakwaan sebelum ini.

“Sehubungan itu, rayuan (perayu) ditolak dan sabitan serta hukuman oleh mahkamah rendah disah dan dikekalkan,” katanya.

Mengikut pertuduhan, Mohd Fahmi Reza, 41, didakwa menggunakan perkhidmatan aplikasi melalui laman profil Facebook ‘Fahmi Reza’ di suatu pautan secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi yang palsu sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain, pada 8 Feb 2016.

Pautan itu kemudian didakwa telah dibaca di sebuah alamat di Seraya Sdn. Bhd., Batu 3, Jalan Jelapang, Ipoh, pada 2.40 petang, tarikh yang sama (8 Februari 2016).

Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dan dihukum di bawah Seksyen 233(3) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

Pihak pendakwaan sebelum ini memfail rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Ipoh, Perak pada 12 November 2018 yang mengetepikan hukuman penjara selama sebulan ke atas Mohd Fahmi Reza dan mengurangkan dendanya dari RM30,000 ke RM10,000 selepas membenarkan rayuannya terhadap hukuman itu.

Pereka grafik itu turut memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Ipoh yang mengekalkan sabitannya atas tuduhan tersebut.

Pihak pendakwaan kemudian memutuskan untuk menarik balik rayuan supaya Mohd Fahmi Reza dikenakan hukuman lebih berat, namun rayuan pereka grafik itu berhubung sabitan ke atasnya diteruskan.

Pada 20 Februari 2018, Mahkamah Sesyen Ipoh menjatuhkan hukuman sebulan penjara dan denda RM30,000 ke atas Mohd Fahmi Reza selepas mendapatinya bersalah atas tuduhan itu.

Terdahulu dalam hujahannya, peguam Syahredzan Johan yang mewakili Mohd Fahmi Reza berkata, imej karikatur yang dimuat naik anak guamnya adalah satu bentuk parodi (gurauan) dan ia bertujuan mengkritik pihak berkuasa ketika itu yang dikatakan telah menyekat kebebasan komunikasi di media sosial.

Beliau berkata, tiada bukti melalui keterangan saksi pendakwaan sebelum ini bahawa wujudnya niat untuk menyakitkan hati dan pertuduhan terhadap anak guamnya itu sendiri defektif memandangkan tidak dinyatakan dengan khusus siapa individu atau pihak yang sakit hati dengan tindakan anak guamnya.

Timbalan Pendakwa Raya, Nurshafini Mustafha ketika menyentuh isu ‘menyakitkan hati’ pula berhujah, keterangan yang ada jelas menunjukkan perayu mempunyai niat untuk menyakitkan hati orang lain menerusi perbuatannya itu.

“Posting dibuat perayu (di Facebook) ditetapkan sebagai ‘public’ jadi sesiapa sahaja boleh lihat posting tersebut. Kalau perayu tidak berniat sakitkan hati orang lain kenapa imej karikatur itu yang pada asalnya dimuat naik pada 31 Januari 2016 dimuat naik semula pada 8 Februari 2016 bersama notis peringatan MCMC (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia) yang palsu,” katanya.

Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Mohd Dusuki Mokhtar pula menambah, siapa individu atau pihak yang sakit hati bukan satu elemen dalam pertuduhan tetapi yang apa penting ialah untuk membuktikan niat perayu apabila melakukan kesalahan itu.

Tags: fahmi rezakarikaturMCMCNajib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

MCMC Rakam Keterangan Ketua Editor, Pengarang Dalam Talian China Press

MCMC Rakam Keterangan Ketua Editor, Pengarang Dalam Talian China Press

22/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sudah merakam keterangan Ketua Editor dan Pengarang Dalam Talian China Press, berhubung...

Fahmi Reza – Umpama Palacur Politik Tandus Idea Yang Mengidamkan Perhatian

Fahmi Reza – Umpama Palacur Politik Tandus Idea Yang Mengidamkan Perhatian

05/12/2025
0

DALAM dunia kreatif, ada pelukis yang membina legasi. Ada yang mengasah bakat. Ada yang memperjuangkan idealisme. Dan kemudian ada… Fahmi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd