• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dakwaan Wan Ji Dipukul, Siasatan Di Peringkat Akhir

oleh
19/07/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KAJANG – Siasatan berhubung dakwaan penceramah bebas Wan Ji Wan Hussin yang beliau dipukul semasa dalam tahanan di Penjara Kajang, kini di peringkat akhir sebelum tindakan selanjutnya diambil.

Ketua Pengarah Jabatan Penjara, Datuk Seri Zulkifli Omar berkata pegawai yang terlibat bakal berdepan dengan tindakan tatatertib termasuk dibuang kerja sekiranya dakwaan itu benar, dan hasil siasatan akan diketahui secepat mungkin.

“Tindakan terus akan diambil tanpa diumumkan, pegawai yang terbabit akan dikenakan tindakan jika didapati insiden itu benar-benar berlaku,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas menghadiri Program Pembangunan Penghuni India dengan kerjasama Unit Transformasi India Malaysia (MITRA) di Dewan Kompleks Jabatan Penjara di Kajang di sini, hari ini.

Turut hadir di majlis malam itu ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P.Waytha Moorthy.

Zulkifli menegaskan etika pegawai penjara ialah untuk tidak menggunakan kuasa dengan sewenang-wenangnya.

“Jika anggota menampar atau memukul dan sebagainya, itu telah melanggar aspek kemanusiaan iaitu layanan seorang manusia kepada manusia. Penghuni ini menjalani hukuman penjara yang telah dijatuhkan kepada mereka, dan bukan untuk dikasari,” katanya.

Wan Ji sebelum ini mendakwa beliau dipukul individu bertopeng yang memakai pakaian warden ketika menjalani hukuman setahun penjara selepas Mahkamah Tinggi menolak rayuannya terhadap sabitan dan hukuman kerana menerbitkan perkataan menghasut dan menghina terhadap Sultan Selangor tujuh tahun lalu.

Mahkamah Tinggi kemudian membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman terhadap penceramah bebas berusia 37 tahun itu berkuatkuasa 12 Julai sehingga proses rayuan di Mahkamah Rayuan selesai.

Tags: dipukulpenjara kajangWan Jiwarden
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Firman Pula Dakwa Hadiah Berlian GV4 Palsu

Next Post

Remaja Biadab, Pijak Al-Quran Bersumpah Zina

Related Posts

Punca Pelajar UMT Dipukul Bergilir-gilir

Punca Pelajar UMT Dipukul Bergilir-gilir

19/12/2024
0

KUALA TERENGGANU: Saling tuduh menuduh dipercayai antara punca seorang penuntut Universiti Malaysia Terengganu (UMT) di sini, dipukul secara bergilir-gilir oleh...

Da’i Syed Dihantar Ke Penjara Kajang, Mahkamah Tolak Tangguh Hukuman

Da’i Syed Dihantar Ke Penjara Kajang, Mahkamah Tolak Tangguh Hukuman

30/08/2024
0

SHAH ALAM - Pendakwah selebriti Da'i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful terpaksa meringkuk di Penjara...

Next Post

Remaja Biadab, Pijak Al-Quran Bersumpah Zina

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd