• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Daftar Juga 3.6 Juta Bakal Pemilih

oleh
16/07/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kira-kira 3.6 juta warganegara yang layak mengundi selepas melepasi umur 21 tahun sebelum ini perlu dipastikan didaftar secara automatik sebagai pemilih selepas Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 2019 diluluskan.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, apabila had umur mengundi berjaya diluluskan untuk diturunkan kepada 18 tahun termasuk pendaftaran pemilih secara automatik sebaik mencapai umur berkenaan, golongan 3.6 juta tadi tidak sepatutnya juga dilupakan.

“Saya amat berharap selepas akta ini diluluskan, kesemua 3.6 juta yang belum berdaftar dapat berdaftar juga sebagai pemilih secara automatik, maknanya bukan yang berusia 18 tahun itu sahaja yang turut berdaftar, saya mohon jaminan,” katanya.

Beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Bera berkata demikian sewaktu membahaskan Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 2019 untuk bacaan kali yang kedua di Dewan Rakyat hari ini.

Sementara itu, jelas Ismail Sabri, walaupun pihak pembangkang menyokong sepenuhnya pindaan rang undang-undang tersebut, beliau berharap kerajaan dapat mewujudkan garis panduan dan peraturan terutama bagi menghalang berlakunya diskriminasi kepada di beberapa peringkat.

“Kebimbangan kita mengenai suasana di sekolah, kolej dan matrikulasi, apabila pelajar-pelajar ini dibenarkan mengundi, kerajaan menerusi Kementerian Pendidikan mesti mempunyai peraturan yang jelas sama ada sekolah-sekolah dan kolej ini akan digunakan atau tidak sebagai tempat berpolitik dan kepartian.

“Kami juga tahu sama ada guru-guru dibenarkan berpolitik atau tidak selepas ini, ketika ini diskriminasi yang jelas kepada guru-guru yang terlibt dalam politik, mereka yang menyokong pembangkang disisihkan dan diberikan amaran.

“Begitu juga bagi pelajar, adakah kerajan boleh secara terbuka menerima tentangan dari pelajar yang menyokong pembangkang tanpa mereka menerima apa-apa diskriminasi,” katanya.

Tags: 18 tahunBeliaDaftar Pemilihhad umur mengundi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pemimpin Belia Sampaikan Khutbah Jumaat Di Perak Esok

Pemimpin Belia Sampaikan Khutbah Jumaat Di Perak Esok

18/05/2023
0

IPOH: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menitahkan khutbah Jumaat di negeri ini esok bertemakan belia sempena Hari Belia Negara...

Belanjawan 2023: TEKUN Sedia RM10 Juta Bantu Belia Keluarga Susah

Belanjawan 2023: TEKUN Sedia RM10 Juta Bantu Belia Keluarga Susah

24/02/2023
0

KUALA LUMPUR: Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) menyediakan RM330 juta, termasuk RM10 juta bagi membantu belia daripada keluarga susah,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd