• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, December 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekas Bos Haziq Cari Pengganti Ada ‘Six Packs’

oleh
05/07/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Timbalan Menteri Industri Utama, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd. Akin masih tercari-cari calon terbaik dan benar-benar layak untuk dilantik sebagai Setiausaha Sulit Kanan (SUSK) menggantikan Haziq Abdullah Abdul Aziz.

Menurut Shamsul Iskandar, selepas Haziq Abdullah dipecat ekoran kontroversi dicetuskannya, kira-kira 20 individu pelbagai peringkat usia dan latar belakang, termasuk pengamal media mencuba nasib memohon untuk mengisi kekosongan itu.

Bagaimanapun tegas Shamsul Iskandar, pengalaman lalu mengajar beliau supaya lebih berhati-hati dalam memilih pegawai bagi memastikan pihaknya tidak lagi terpalit dengan sebarang kontroversi pada masa depan.

“Dulu pun sudah berhati-hati (pilih SUSK) tapi kita tak jangka perkara itu boleh berlaku. Setakat ini belum jumpa lagi calon sesuai tetapi yang bagusnya, ramai sudah ‘apply’ (mohon) termasuk wartawan senior dari media cetak dan elektronik.

“Sekarang ada dalam 20 orang dengan usia mereka antara 25 hingga 55 tahun. Saya perlukan masa untuk baca resume dan teliti satu-persatu,” katanya selepas menyempurnakan Majlis Anugerah Citra dan Khidmat Bakti Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) 2019 di sini malam tadi.

Yang turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Industri Utama, Datuk Dr. Tan Yew Chong; Pengerusi LKTN, Wan Abdul Rahim Wan Abdullah dan Ketua Pengarah LKTN, Samsuddin Noor.

Mengulas lanjut, Shamsul Iskandar berkata, dalam kementerian, jawatan SUSK berstatus pegawai tadbir, namun peraturan sedia ada tidak menghalang beliau membawa masuk mana-mana individu sebagai pegawainya menerusi lantikan politik.

Kali ini katanya, beliau mendapatkan bantuan Bahagian Sumber Manusia untuk menapis calon yang menepati kriteria diperlukan iaitu berupaya memberi tumpuan dan komitmen sepenuhnya terhadap tugas sebagai SUSK.

Beliau secara berseloroh turut mengulangi kenyataannya sebelum ini, iaitu mahu mencari seorang SUSK dengan kriteria tambahan iaitu individu berbadan sasa serta memiliki ‘six packs’ atau perut berketul.

Mengulas pemecatan Haziq Abdullah sebagai ahli PKR kelmarin, Shamsul Iskandar berkata, beliau yakin Lembaga Disiplin parti membuat keputusan tepat manakala bekas Ketua Pemuda PKR Santubong itu pula telah diberikan proses pengadilan yang sewajarnya.

“Asas kepada pemecatan jelas, iaitu kerana beliau sebagai ahli parti telah melemparkan tuduhan terhadap pimpinan khususnya dalam aspek rasuah namun siasatan lanjut pihak berkuasa membuktikan sebaliknya.

“Tindakan itu diambil kerana kita tidak boleh menggalakkan budaya menyerang pimpinan tanpa alasan kukuh, selain berpegang kepada prinsip sebarang isu pimpinan atau parti haruslah dirungkai melalui kaedah dalaman,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tags: Haziq AzizShamsul IskandarSUSK
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Shamsul Iskandar, Albert Tei Didakwa Lagi Terima, Beri Rasuah RM64,924

Shamsul Iskandar, Albert Tei Didakwa Lagi Terima, Beri Rasuah RM64,924

05/12/2025
0

SHAH ALAM: Bekas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin dan ahli perniagaan, Albert Tei sekali...

Shamsul Iskandar Didakwa Setuju Terima RM100,000, Peroleh Suapan 76,829.03

Shamsul Iskandar Didakwa Setuju Terima RM100,000, Peroleh Suapan 76,829.03

04/12/2025
0

KUALA LUMPUR - Bekas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin mengaku tidak bersalah di Mahkamah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd