• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bapa Keji Cabul, Rogol Anak Dipenjara 45 Tahun

oleh
23/07/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Perbuatan durjana seorang bapa yang mencabul, cuba merogol dan lakukan seks luar tabii terhadap anak perempuannya sejak dua tahun lalu akhirnya terbalas apabila dia dijatuhi hukuman penjara selama 45 tahun dan 24 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Hakim Yong Zarida Sazali menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh yang berusia 35 tahun selepas lelaki itu membuat pengakuan bersalah selepas 38 pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.

Hukuman tersebut itu dijalankan bermula dari tarikh tangkapan iaitu 12 Julai lalu.

Dalam keputusannya, Yong Zarida turut memerintahkan tertuduh menjalani kaunseling selama 10 tahun dan tiga tahun pengawasan polis selepas selesai hukuman penjara kelak.

Mengikut 26 pertuduhan, tertuduh sebagai bapa kandung mangsa yang kini berusia 14 tahun didakwa melakukan mencabul anak perempuannya di sebuah rumah, hotel dan di dalam sebuah kereta jenis Proton Waja di Puncak Alam, Selangor.

Bagi pertuduhan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan dibaca bersama Seksyen 16 akta sama yang boleh dihukum penjara maksimum selama 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.

Tertuduh turut didakwa sebanyak lapan pertuduhan atas kesalahan melakukan seks luar tabii dengan memasukkan zakar ke dalam mulut dan memasukkan jari ke dalam dubur anak sulungnya itu di dalam sebuah rumah dan ruang tamu rumah mereka di Puncak Alam.

Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan dan 377CA Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebatan.

Bagi empat lagi pertuduhan, tertuduh juga mengaku bersalah atas pertuduhan cubaan merogol anak perempuannya itu di dalam sebuah rumah dan di hotel di Puncak Alam.

Bagi pertuduhan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 511 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum selama 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.

Kesemua kesalahan dilakukan oleh lelaki itu pada Julai 2017 hingga Julai ini iaitu sejak anak perempuannya berusia 12 tahun.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Norazalina Razali manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Tertuduh dalam rayuannya memohon mahkamah menetapkan hukuman yang ringan selain sudah insaf dengan perbuatannya.

Jelasnya, beliau yang bekerja sebagai peniaga burger dan memperoleh pendapatan sebanyak RM90 sehari tidak meninggalkan sebarang wang simpanan kepada keluarga untuk isterinya menyara lima anak mereka.

Bagaimanapun, Norazalina dalam hujahnya berkata, beliau memohon hakim menetapkan hukuman penjara dan sebatan yang tinggi ekoran tertuduh telah memecahkan hubungan amanah terhadap anaknya.

“Sebagai seorang pemegang amanah, tertuduh sepatutnya mendidik dan mengajar anaknya dengan baik dan bukan cuba untuk merogol mangsa.

“Mangsa terpaksa bergelut untuk tidak dirogol oleh bapanya selain kanak-kanak itu sudah beberapa kali cuba membunuh diri disebabkan kejadian itu. Jadi, keinsafan yang dinyatakan oleh tertuduh tidak wajar dipertimbangkan oleh mahkamah,” katanya.

Mengikut fakta kes, tertuduh menindih mangsa dan cuba merogolnya namun tidak berjaya pada 7 Julai 2017.

Tertuduh kemudiannya memaksa mangsa menghisap kemaluannya namun ditolak sebelum lelaki berkenaan terus mencabul dan memancutkan air mani ke muka anaknya.

Mangsa mengakui dia diperlakukan sedemikian sejak umur 12 tahun ketika ahli keluarga yang lain tidur dan tiada di rumah. – K! ONLINE

Tags: anakBapaHukuman Penjarakes cabulkes rogol
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pencemaran Minyak Diesel Angkara Pemancing

Next Post

Baik Pulih Sekolah Daif Selepas Sarawak Bayar Hutang – Guan Eng

Related Posts

Amang Seksual: Hukuman Penjara PU Azman Dikurangkan Kepada 12 Tahun

Amang Seksual: Hukuman Penjara PU Azman Dikurangkan Kepada 12 Tahun

19/05/2025
0

KLANG – Pendakwah selebriti, PU Azman bernasib baik, apabila dikenakan hukuman penjara 12 tahun berbanding 24 tahun yang dijatuhi Mahkamah...

Bapa Dihadap Ke Mahkamah Dakwaan Cederakan Anak lelaki

Bapa Dihadap Ke Mahkamah Dakwaan Cederakan Anak lelaki

11/05/2025
0

KUALA TERENGGANU: Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas tuduhan mencederakan anak lelakinya yang berusia 13...

Next Post

Baik Pulih Sekolah Daif Selepas Sarawak Bayar Hutang - Guan Eng

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd