• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Baik Pulih Sekolah Daif Selepas Sarawak Bayar Hutang – Guan Eng

oleh
23/07/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Kerajaan memberi jaminan akan menyegerakan proses perolehan dan perbelanjaan bagi fasa pertama projek membaik pulih sekolah daif di Sarawak berjumlah RM350 juta tertakluk kepada mekanisme perundangan yang ditetapkan.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, proses itu akan dilaksanakan sebaik sahaja Kerajaan Negeri Sarawak membuat bayaran balik sebahagian daripada jumlah hutang seperti mana yang telah dipersetujui.

Menurutnya, kerajaan Persekutuan telah bersetuju secara dasarnya untuk menerima sebahagian daripada bayaran balik pinjaman hutang Kerajaan Negeri Sarawak sebanyak RM1 bilion kepada kerajaan Persekutuan untuk diperuntukkan bagi membaik pulih sekolah daif.

“Pada 30 Jun 2019, Kerajaan Negeri Sarawak masih berhutang dengan kerajaan Persekutuan sebanyak RM2,352 juta. Sekiranya RM1 bilion tersebut dibayar balik oleh Kerajaan Negeri Sarawak, maka Kerajaan Negeri Sarawak masih berhutang kepada kerajaan Persekutuan sebanyak RM1,352 juta.

“Cadangan Kerajaan Negeri Sarawak menggunakan bayaran balik pinjaman untuk membaik pulih sekolah daif, sebenarnya adalah wang pendahuluan kerajaan Persekutuan kerana melibatkan penggunaan dana yang dipinjamkan kepada Kerajaan Negeri Sarawak sebelum ini.

“Sebagai bayaran balik pinjaman kepada kerajaan Persekutuan, ianya bermaksud dana RM1 bilion tersebut sebenarnya merupakan wang milik kerajaan Persekutuan sendiri, yang dipersetujui untuk digunakan bagi membaik pulih sekolah daif di Sarawak,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelas beliau, Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Openg menyatakan kesediaan untuk menyalurkan bayaran balik pinjaman fasa pertama sebanyak RM350 juta dalam tempoh terdekat.

Katanya, kerajaan Persekutuan akan menyalurkan jumlah sama seperti yang dibayar balik oleh kerajaan negeri sebagai peruntukan untuk digunakan bagi projek membaik pulih sekolah daif di Sarawak.

“Selepas itu, beberapa perkara harus dimuktamadkan, di antaranya jadual pelaksanaan, senarai sekolah dan proses tender bagi projek tersebut.

“Kerja membaik pulih sekolah daif di Sarawak hendaklah ditawarkan secara tender terbuka, bagi memastikan ketelusan dan nilai berpatutan (value for money) berdasarkan tatacara kewangan Kerajaan Persekutuan semasa.

“Kerajaan Persekutuan bersedia mengambil kira keutamaan Kerajaan Negeri Sarawak dalam menentukan sekolah daif untuk dibaik pulih,” katanya. – Sinar Harian

Tags: DAPHutangLim Guan EngsarawakSekolah Daif
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Fundraising Dinner DAP Dapat Sambutan Kuat Masyarakat – Tengku Zafrul

Fundraising Dinner DAP Dapat Sambutan Kuat Masyarakat – Tengku Zafrul

29/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Penasihat Kanan Politik kepada Perdana Menteri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz mendakwa majlis ‘fundraising dinner’ anjuran...

Enam MP Bersatu Isytihar Sokong PMX Langgar Mandat Pengundi Tak? – Fadhli Shaari

Enam MP Bersatu Isytihar Sokong PMX Langgar Mandat Pengundi Tak? – Fadhli Shaari

28/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan Pas Pusat, Ahmad Fadhli Shaari mempersoalkan sama ada tindakan enam Ahli Parlimen Bersatu yang menyatakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd