• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Banjir Kilat Di Melaka, 2 Sekolah Ditutup

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Sesi persekolahan dua buah sekolah di negeri ini terpaksa ditangguhkan hari ini selepas bangunan itu digunakan sebagai pusat pemindahan sementara (PPS) mangsa banjir kilat yang semakin meningkat sejak awal pagi semalam. 

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri, Datuk Abu Bakar Sahari berkata, dua sekolah itu membabitkan Sekolah Kebangsaan (SK) Belimbing Dalam, Alor Gajah dan SK Krubong di Melaka Tengah.

“Jumlah guru dan murid SK Krubong yang terjejas juga tinggi iaitu seramai 1,236 murid dan 71 guru manakala SK Belimbing Dalam melibatkan 484 murid serta 40 guru. 

“Bagaimanapun, hanya murid sahaja yang dibenarkan untuk tidak bersekolah hari ini manakala guru-guru yang tidak terlibat dengan bencana banjir ini diminta untuk bertugas seperti biasa,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. 

Mengulas lanjut ujar Abu Bakar, sebuah lagi sekolah di Alor Gajah iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Pengkalan turut digunakan sebagai PPS dan menempatkan 122 mangsa daripada 34 buah keluarga.

“Bagaimanapun sesi persekolahan bagi semua pelajar dan guru sekolah tersebut berjalan seperti biasa,” katanya. 

Sementara itu, Ketua Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri, Leftenan Kolonel (PA) Effendy Ali berkata, sehingga pukul 8 malam tadi, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 1,149 mangsa melibatkan 260 keluarga berbanding 745 mangsa dari 150 keluarga pada petangnya.

Tags: BanjirMelakaSekolah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Fadhlina Arah Audit Segera, Tiada Pihak Dilindungi Susulan Kematian Pelajar Di Sekolah

Fadhlina Arah Audit Segera, Tiada Pihak Dilindungi Susulan Kematian Pelajar Di Sekolah

26/09/2026
0

KUALA PILAH - Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek mengarahkan Jemaah Nazir menjalankan audit segera susulan kematian seorang murid Tingkatan...

Cadang Resort Vila Atas Air Ikonik Di Crystal Bay Melaka, Bernilai Lebih RM240 Juta

Cadang Resort Vila Atas Air Ikonik Di Crystal Bay Melaka, Bernilai Lebih RM240 Juta

27/09/2026
0

MELAKA: Sebuah syarikat tempatan, Tuah Tower Sdn Bhd, mencadangkan kepada Kerajaan Negeri Melaka pembinaan sebuah resort mewah berkonsepkan vila atas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd