• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Azmin Anjur Majlis Kesyukuran, Anwar Buat Majlis Selawat

oleh
20/07/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KETIKA pergeseran antara Presiden PKR Anwar Ibrahim dan timbalannya Mohamed Azmin Ali hangat diperkatakan, kedua-dua pemimpin itu akan mengadakan dua majlis agama berasingan pada hari yang sama dan waktu yang hampir sama, Ahad ini.

Azmin Ahad ini akan mengadakan majlis kesyukuran di kediaman rasmi menteri besar Selangor, sementara di kediaman Anwar Ibrahim pula dijangka akan berlangsung majlis pelancaran zikir dan selawat.

Rencana penganjuran kedua-dua majlis itu hadir ketika isu klip video seks yang dikaitkan dengan Azmin menyebabkan pergolakan dalaman PKR yang memecahkan parti itu kepada dua kumpulan antara kem presiden parti dan kem timbalan presiden parti.

Bagaimanapun, ketika dihubungi untuk pengesahan, seorang pegawai kanan Anwar mendakwa program yang diadakan di rumah presiden PKR itu hanya “program biasa” dan tiada kaitan dengan kemelut yang sedang melanda parti itu.Iklan

“Betul, ini majlis biasa setiap Ahad di rumah bos (Anwar),” katanya kepada Malaysiakini.

Sementara itu, Pengerusi Masjid Alam Shah, Syed Amru Syed Abdullah yang mengelola majlis di rumah Anwar menjelaskan bahawa program itu telah diadakan sejak sekian lama.

“Majlis memang sudah lama dianjurkan setiap Ahad malam Isnin sudah berbulan-bulan. Kita pun ada buat penerangan dalam Facebook.

“Tak ada kena-mengena langsung dengan apa-apa yang berlaku sekarang, majlis ilmu terbuka untuk semua,” katanya.

Antara pengisian program di rumah Anwar yang dinyatakan pada poster ialah bacaan Yassin dan solat hajat.

Terdahulu, pembantu kepada Menteri Besar Selangor, yang mengesahkan jemputan majlis kesyukuran Azmin memaklumkan program di kediaman rasmi Menteri Besar Selangot dianjurkan oleh setiausaha politik Azmin, Hilman Idham.

“Seluruh pimpinan dan anggota, serta semua rakyat yang menolak fitnah dipersilakan dan dijemput hadir bersama,” kata jemputan program itu.

Bagaimanapun, tidak dapat disahkan jika acara itu diadakan sempena perkembangan siasatan polis berhubung kes video seks yang dikaitkan dengan Azmin. – Malaysiakini

Tags: Anwar IbrahimMohamed Azmin AliPKR
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kontroversi Puad Cetus Polemik: Wujudkah ‘Parti Anak-Beranak’ Di Malaysia?

Kontroversi Puad Cetus Polemik: Wujudkah ‘Parti Anak-Beranak’ Di Malaysia?

25/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Kontroversi membabitkan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi bertindak keluar parti secara...

Ramanan Baca Kat Mana TMJ Kena Hentam Kiri Kanan?

Ramanan Baca Kat Mana TMJ Kena Hentam Kiri Kanan?

21/06/2026
0

Kahkahkah.. Ramanan baca kat media sosial mana TMJ kena hentam kiri kanan ni? Baca kat Josh, Moj, Koo atau Kutumb...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd