Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Peraduan Palsu Menang Emas...

NAMPAKNYA selepas isu peraduan palsu yang membolehkan orang ramai memenangi 15 buah motosikal...

Lelaki Maut Dipijak Lima...

BANGKOK - Seorang lelaki maut dipijak lima ekor gajah liar yang naik minyak...

AS Kecam Pencabulan Gencatan...

WASHINGTON - Naib Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden hari ini menyalahkan kumpulan...

Keterangan Pengasas Produk Kosmetik...

KOTA BHARU - Polis Kelantan sudah merakam keterangan seorang wanita yang juga pengasas...

Anwar Ibrahim Terkejut Farhash Ditahan Polis

KUALA LUMPUR – Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui terkejut dengan penahanan Pengerusi PKR Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak untuk membantu siasatan kes penyebaran video seks mirip menteri kanan Kabinet yang tular dalam media sosial baru-baru ini.

Walau bagaimanapun, Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson tetap menyerahkan perkara tersebut kepada pihak polis untuk mengendalikannya dengan telus dan profesional.

Jelas Anwar, pihak polis tentunya mempunyai alasan tersendiri berhubung penahanan itu tetapi menegaskan PKR masih kekal kukuh walaupun berhadapan cabaran.

“Saya tidak dimaklumkan selain apa yang terdapat dalam laporan media. Perkara itu dalam proses siasatan, jadi kita serahkan kepada tindakan polis.

“Saya memang terkejut sebab tak tahu mengapa (ditahan). Seperti mana kita sebut pendirian parti selama ini adalah untuk menyerahkan kepada pihak polis dan mahu supaya keadilan diberikan kepada pelaku serta perencananya,” katanya dalam sidang akhbar di lobi Parlimen di sini hari ini.


Tiga lelaki termasuk Pengerusi PKR sebuah negeri yang didakwa Farhash Wafa Salvador ditahan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Pasir Gudang, Johor semalam bagi membantu siasatan kes penyebaran video seks mirip menteri kanan Kabinet.

Kesemua suspek berusia antara 29 dan 37 tahun itu yang seorang daripadanya setiausaha politik dijangka dibawa ke Kuala Lumpur untuk mendapatkan permohonan reman, hari ini. – UTUSAN ONLINE

Kategori