• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ancaman Bom Palsu Di Mahkamah Jalan Duta

oleh
25/07/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis mengesahkan tiada bahan letupan ditemui di Kompleks Mahkamah Jalan Duta susulan panggilan ancaman bom yang diterima di kaunter Balai Polis Taman Tun Dr. Ismail (TTDI) dari seorang lelaki yang tidak dikenali di sini hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Rusdi Mohd. Isa berkata, pemeriksaan telah dilakukan dan tiada bahan letupan ditemui di kawasan Kompleks Mahkamah tersebut.

“Siasatan awal mendapati, kaunter Balai Polis TTDI telah menerima panggilan dari seorang lelaki yang memberitahu terdapat satu letupan di Kompleks Mahkamah Jalan Duta pada pukul 11.10 pagi.

“Susulan itu, kita telah mengambil tindakan pemeriksaan di kawasan mahkamah terbabit dan tiada bahan letupan ditemui,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan, polis telah menghubungi pihak pengurusan mahkamah berhubung ancaman bom sebelum semua kakitangan mahkamah diarah mengosongkan bangunan terbabit secepat mungkin bagi membolehkan pemeriksaan dilakukan.

Pemeriksaan mungkin akan mengambil masa dan bantuan dari Unit Pemusnah Bom (UPB) dan Penugasan Unit Anjing Pengesan (K9) telah ditugaskan bagi mengesan bahan letupan di mahkamah tersebut. – K! ONLINE

Tags: ancaman bom palsubalai polismahkamah jalan duta
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Lelaki Maut Ditembak Dibawa Rakan Ke Balai Polis

Lelaki Maut Ditembak Dibawa Rakan Ke Balai Polis

26/04/2025
1

Kuching: Seorang lelaki berusia 34 tahun maut dipercayai terkena tembakan semasa berada di dalam sebuah kereta di Jalan Stephen Yong, di sini...

27 Pos PGA, 10 Balai Polis Di Kelantan Tenggelam

27 Pos PGA, 10 Balai Polis Di Kelantan Tenggelam

30/11/2024
0

RANTAU PANJANG: Sebanyak 27 pos Pasukan Gerakan Am (PGA) di Tumpat dan Rantau Panjang di sini, tenggelam dilanda banjir sejak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd