• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, November 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Agong, Raja Pemaisuri Lawat Mangsa Kebakaran Di HTAA

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat melawat tiga mangsa kebakaran dalam kejadian yang meragut nyawa tiga beranak di Perkampungan Sungai Isap 2, Ahad lalu di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini hari ini.

Seri Paduka tiba ke HTAA kira-kira pukul 12.30 tengah hari dan meluangkan masa hampir 30 minit melawat dan beramah mesra dengan tiga mangsa kebakaran itu termasuk ahli keluarga mereka yang turut berada di situ.

Berkenan berangkat sama Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Yang hadir sama Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail; Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh dan Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.45 pagi Ahad lalu itu, Sharifah Azlina Syed Kassim, 37, yang dikatakan hamil tiga bulan dan dua anak lelakinya, Muhamad Haikal Hakimi, 11, serta Muhamad Adam Daniel, 7, ditemukan rentung di bilik belakang rumah sewa mereka yang terbakar.

Kebakaran itu juga menyebabkan suaminya, Hairol Khalid, 38, Syed Azman Syed Kassim, 25, iaitu adik Sharifah Azlina; Norazilah Abdullah, 23, (isteri Syed Azman) dan Nor Syawalina, 19, (adik Norazilah) cedera maakala yang selamat ialah Muhammad Alif Asyraf, 6, (anak pasangan Syed Azman dan Norazilah).

Tags: HTAAkebakaranRaja Permaisuri AgongYang di-Pertuan Agong
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Yang di-Pertuan Agong Santap Lontong Di RNR Panti, Belanja Sarapan Semua Pengunjung

Yang di-Pertuan Agong Santap Lontong Di RNR Panti, Belanja Sarapan Semua Pengunjung

05/11/2026
0

KOTA TINGGI - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan meluangkan masa menikmati santapan pagi di Hentian Rehat dan Rawat (RNR)...

Raja Permaisuri Agong Dan Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor Santuni Pemuda Tabah Jaga Ibu Sakit Strok Lebih 10 Tahun

Raja Permaisuri Agong Dan Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor Santuni Pemuda Tabah Jaga Ibu Sakit Strok Lebih 10 Tahun

05/11/2026
0

KLUANG - Keprihatinan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah terhadap kebajikan rakyat terus dizahirkan menerusi bantuan kepada seorang pemuda yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd