• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, December 12, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Adik Maut Ditikam Kerana Bil Elektrik

oleh
29/07/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LUMUT – Gara-gara bergaduh mengenai bil elektrik, seorang lelaki berusia 35 tahun maut selepas ditikam abang kandungnya di hadapan sebuah kedai makan di Pantai Remis di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Muhammad Hanif Othman berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian pergaduhan tersebut pada pukul 11.40 malam sebelum sepasukan anggota bergegas ke tempat kejadian.

“Tiba di lokasi, mangsa berada dalam keadaan separa sedar dan terbaring di lantai kaki lima kedai.

“Selang beberapa ketika, mangsa didapati kaku dan tidak bergerak lagi. Pegawai Perubatan yang hadir mengesahkan mangsa meninggal dunia akibat kecederaan di kepala disebabkan tetakan atau tikaman senjata tajam,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online sebentar tadi.

Tambah Muhammad Hanif, suspek berusia 37 tahun yang bekerja sebagai pembantu kedai makan itu telah ditahan dan dia turut mengalami kecederaan akibat dari pergaduhan tersebut.

“Suspek kini ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini sehingga 4 Ogos depan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

“Mayat mangsa pula kemudiannya dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh untuk proses bedah siasat,” katanya.

Katanya, ibu mangsa memaklumkan punca pergaduhan berlaku apabila suspek bertengkar dengannya mengenai bil elektrik kedai makan yang tertunggak.

“Bagaimanapun, mangsa yang terdengar percakapan kasar suspek terhadap ibu mereka itu terus datang dan memukul suspek yang sedang mengemas dapur kedai makan dengan senjata tajam.

“Selepas berlaku pergelutan dengan suspek, mangsa kemudian telah melarikan diri sebelum dia dijumpai terbaring dalam keadaan kepala berlumuran darah,” katanya.

Katanya lagi, ketika meleraikan pergaduhan tersebut, ibu mangsa juga mengalami kecederaan dan menerima rawatan di klinik kesihatan berhampiran. – K! ONLINE

Tags: Bil ElektrikDITIKAMkes bunuh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelajar Perempuan Tingkatan 4 Maut Dipercayai Ditikam Pelajar Lelaki Tingkatan 2

Pelajar Perempuan Tingkatan 4 Maut Dipercayai Ditikam Pelajar Lelaki Tingkatan 2

14/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Seorang pelajar perempuan Tingkatan Empat di sebuah sekolah di Bandar Utama, Petaling Jaya, maut selepas dipercayai ditikam seorang...

Polis Buru Suspek Bunuh Lelaki Di Ipoh

Polis Buru Suspek Bunuh Lelaki Di Ipoh

27/08/2025
0

Ipoh: Polis sedang mengesan seorang suspek disyaki terlibat dalam kes bunuh membabitkan penemuan mayat seorang lelaki di lorong berhampiran Jalan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd