Sunday, May 19, 2024

Creating liberating content

Polis Tahan 2 Lelaki...

GEORGE TOWN - Polis percaya dapat menyelesaikan kes seorang lelaki yang mengalami kecederaan...

Galeri Seni Ilham Mamat...

TAPAH - Sebuah galeri seni bakal diwujudkan di kawasan Kampung Kuchai di Ipoh bagi...

Netizen Anti-Islam Kutuk Giant...

SETELAH berjaya kecam Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) kerana berdakwah terhadap usahawan kosmetik...

Kartel Projek RM3.8 Bilion:...

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberkas seorang pegawai kanan sebuah agensi...

85 Pakar Periksa Kualiti Udara Serentak Di Sekolah Pasir Gudang

PASIR GUDANG – Sekumpulan 85 pakar dilengkapi alat pengesan gas dikerah melakukan bacaan kualiti udara di kawasan sekolah berisiko pagi tadi secara serentak.

Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin memberitahu langkah itu adalah untuk memastikan cerapan tahap kualiti udara dilakukan dengan lebih tepat dan terperinci.

Menurut Bee Yin, peralatan Gasmate akan dibawa untuk memantau bacaan nilai Volatile Organic Compound (VOC) benda asing di 85 lokasi pemantauan termasuk mengesan kemungkinan kehadiran gas kimia secara khusus.

Dalam pada itu, beliau menyatakan hasrat mengadakan pertemuan tertutup dengan pihak industri di Pasir Gudang petang ini bagi berbincang mengenai masalah pencemaran udara di kawasan itu.

Bee Yin berkata sebanyak tujuh sampel air kencing dan darah daripada mangsa terjejas insiden pencemaran udara sedang dianalisis Jabatan Kimia secara terperinci dan keputusannya akan dimaklumkan kelak.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan dan Warisan, Mohd Khuzzan Abu Bakar berkata seramai 101 orang dihantar ke Klinik Kesihatan Pasir Gudang dan Masai untuk rawatan saringan.


Daripada jumlah itu, 10 orang atau 4 peratus yang mengalami simptom muntah-muntah dan sesak nafas dirujuk ke Hospital Sultan Ismail (HSI) untuk pemeriksaan lanjut.

“Kita akan pantau selepas ini daripada segi psikologi murid sebab kita lihat selepas diberi rawatan, mereka boleh bermain dan ketawa. Kita nak lihat lebih jauh apa sebenarnya berlaku,” kata Mohd Khuzzan.

Terdahulu, sejumlah 111 sekolah di sini diarah tutup lima hari sejak 25 Jun lalu  sebelum dibenar dibuka semula semalam.

Arahan sama turut dikenakan terhadap tiga institusi pengajian tinggi (IPT), 14 sekolah swasta dan antarabangsa, serta 347 tadika swasta.

Kategori