Tuesday, June 18, 2024

Creating liberating content

PAS Perlu Kaji Pemecatan...

KOTA BAHARU - Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor Datuk Husam Musa berkata...

Ugut Bakar Hospital Kerana...

SATU Kejadian yang menggemparkan telah berlaku di Hospital Pusat Baoji di China, apabila...

Askar Dihina: Indonesia Gantung...

JAKARTA - Kementerian Pertahanan Indonesia mengumumkan penggantungan segala program kerjasama dengan pihak tentera...

Video Lawak: Bila Pemandu...

PASTINYA, kadang kala kita ada berhadapan dengan insiden sebegini di mana kita  terlupa...

6 Jam Diculik Lelaki Gila Bayang

SEBERANG PERAI – Seorang wanita berdepan detik cemas selepas diculik oleh seorang lelaki gila bayang di tempat letak kereta sebuah pasar raya di Bertam, Kepala Batas di sini malam tadi.

Kejadian kira-kira pukul 10.30 malam itu berlaku ketika mangsa berusia 29 tahun baru sahaja memasuki sebuah kereta jenis Proton Iriz untuk pulang ke rumahnya selepas tamat waktu kerja di pasar raya itu.

Secara tiba-tiba suspek berusia 27 tahun yang dikenali mangsa itu telah menghampiri kereta tersebut dan menghulur tangan bagi membuka kunci pintu dari luar.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, suspek yang membuka pintu kereta telah menolak mangsa ke tempat duduk penumpang hadapan.

Menurutnya, kejadian itu turut disedari rakan mangsa yang terdengar wanita itu meminta tolong dan mereka cuba menghalang, namun gagal.

“Suspek kemudiannya memecut laju ke kawasan pasar Tasek Gelugor dan mengikat tangan mangsa selama 20 minit sebelum dia membuka semula.

“Selepas sejam di situ, suspek telah menghubungi abang mangsa untuk memberitahu bahawa dia membawa lari mangsa sebelum abang mangsa datang berjumpanya,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.


Menurut Noorzainy lagi, mereka bertiga kemudiannya telah pergi ke kawasan Pantai Bersih di Butterworth, bagi memujuk suspek sebelum lelaki itu akur untuk menyerah diri kepada pihak polis selepas empat jam berada di situ.

“Kira-kira pukul 4.30 pagi, suspek dibawa ke balai polis oleh abang mangsa.

“Siasatan kemudiannya mendapati suspek bertindak demikian kerana mangsa tidak mahu menjalinkan hubungan dengannya dan dia pernah menganggu wanita itu sebelum ini,” katanya lagi.

Beliau berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan.

Kategori