• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

300 Nelayan Gegar Parlimen Bantah Tambak Laut Pulau Pinang

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kira-kira 300 nelayan berkumpul di luar Parlimen bagi menyampaikan bantahan ke atas projek tambak laut di selatan Pulau Pinang.

Bantahan yang dikelola gabungan Penang Tolak Tambak itu bermula pada pukul 8 pagi di sekitar Tugu Negara sebelum peserta berarak ke Parlimen.

Memorandum bantahan berjaya disampaikan dan beberapa wakil peserta berkesempatan berdialog bersama Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub di bangunan Parlimen.

Wakil Sahabat Alam Malaysia (SAM), S. Mageswari berkata, projek tambak itu dibantah kerana ia mengganggu mata pencarian nelayan dan mengganggu ekosistem alam sekitar.

“Kami ingin menyeru Kerajaan Persekutuan supaya membatalkan projek ini yang dirancang oleh kerajaan negeri Pulau Pinang,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Selain SAM, bantahan itu turut disertai Persatuan Pendidikan dan Kebajikan Jaringan Nelayan Pantai Malaysia (Jaring), Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), Parti Sosialis Malaysia (PSM), Persatuan Aktivis Sahabat Alam (Kuasa) dan aktivis-aktivis bebas.

Pelbagai kain rentang dikibarkan dengan bermacam slogan bantahan seperti ‘Jangan Gadai Pintu Rezeki Kami’, ‘Nelayan Tolak Tambak’ dan ‘Jangan Tuang Pasir Dalam Periuk Nasi Kami’.

Peserta bersurai pada pukul 10.15 pagi. – UTUSAN ONLINE

Tags: NelayanParlimenProjek Tambak LautPulau Pinang
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Projek Pengangkutan RM21 Bilion Untuk Pulau Pinang, Anthony Loke Perlu Jelaskan Agihan 13 Negeri Lain

Projek Pengangkutan RM21 Bilion Untuk Pulau Pinang, Anthony Loke Perlu Jelaskan Agihan 13 Negeri Lain

23/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan digesa mendedahkan jumlah keseluruhan projek pengangkutan yang diluluskan kepada 13 negeri lain susulan dakwaan Pulau Pinang...

Perayaan ‘Hungry Ghost Festival’ Diiktiraf Warisan Negeri

Perayaan ‘Hungry Ghost Festival’ Diiktiraf Warisan Negeri

03/09/2026
0

GEORGE TOWN - Perayaan Teong Guan Phor Thor yang dikenali sebagai ‘Hungry Ghost Festival' diiktiraf sebagai Warisan Negeri dalam usaha...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd