• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

1MDB: Warta Notis Pihak Ketiga Dalam Masa 2 Bulan

oleh
04/07/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Notis kepada pihak ketiga yang mempunyai kepentingan ke atas wang yang disita daripada sembilan pihak termasuk dua individu, parti UMNO dan beberapa syarikat, yang didakwa mempunyai kaitan dengan 1Malaysia Development Bhd. (1MDB), akan diwartakan dalam masa dua bulan.

Hakim Mahkamah Tinggi, Collin Lawrance Sequerah menetapkan sebelum atau pada 4 September untuk pihak pendakwaan mewartakan notis itu, selepas Timbalan Pendakwa Raya, Nik Haslinie Hashim memohon tempoh dua bulan untuk pihaknya selaku pemohon melaksanakan proses pewartaan berkenaan.

Tarikh sama ditetapkan untuk sebutan semula kes.

Sembilan pihak itu ialah bekas Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi, Tan Sri Kasitah Gaddam; ahli perniagaan Tan Sri Bustari Yusuf; Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor; Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor; Yayasan Permata Malaysia; Parti Liberal Demokratik Sabah; Jakel Trading; Mediaedge Cia Malaysia Sdn. Bhd. dan Yayasan Persatuan Bekas Anggota Kemas Malaysia (PBAKM).

Proses pewartaan notis berkenaan dibuat mengikut Seksyen 56(1) dan 61(2) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

Pewartaan notis kepada pihak ketiga bermaksud pihak ketiga yang mempunyai kepentingan dan mahu menuntut harta yang dirampas daripada kesembilan responden itu harus hadir atau melalui peguam di hadapan Mahkamah Tinggi pada tarikh yang ditetapkan.

Pada 19 Jun lepas, Pendakwa Raya menfailkan notis usul terhadap tujuh responden lain berhubung pelucutan hak wang berjumlah lebih RM216 juta yang didakwa mempunyai kaitan dengan 1MDB.

Tujuh pihak itu ialah UMNO; bekas Ahli Parlimen Paya Besar, Allahyarham Datuk Seri Abdul Manan Ismail; Wanita MCA; syarikat pengurusan acara, Binsabi Sdn. Bhd.; syarikat pelaburan, Perano Sdn. Bhd.; Badan Perhubungan UMNO Negeri Sabah dan bekas Ahli Parlimen Kuala Pilah, Datuk Seri Hasan Malek selaku responden.

Dalam notis usul itu, Pendakwa Raya memohon suatu perintah daripada Mahkamah Tinggi supaya disiarkan satu notis dalam warta di bawah Seksyen 61(2) AMLATFPUAA) 2001, bagi memanggil semua pihak ketiga yang menuntut apa-apa kepentingan dalam harta yang dirampas daripada semua responden untuk hadir atau melalui peguam di hadapan Mahkamah Tinggi pada tarikh yang akan ditetapkan.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Latheefa Koya pada sidang akhbarnya sebelum ini berkata, permohonan perlucutan hak telah difailkan terhadap 41 responden untuk memperoleh semula dana kira-kira RM270 juta yang mempunyai kaitan dengan 1MDB.

Latheefa berkata, tindakan itu diambil mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLA) di mana suruhanjaya itu percaya wang berkenaan dipindahkan daripada akaun bank bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Tags: 1MDBSPRM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Sheikh Umar Beri Peringatan, UMNO Johor Masih Sokong Najib Razak

Sheikh Umar Beri Peringatan, UMNO Johor Masih Sokong Najib Razak

18/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Naib Pengerusi DAP Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali memberi peringatan kepada rakyat Johor bahawa UMNO Johor masih...

PRN Johor: Sheikh Umar Dikritik Bangkit Semula Isu 1MDB

PRN Johor: Sheikh Umar Dikritik Bangkit Semula Isu 1MDB

16/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Naib Pengerusi DAP Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali menerima kritikan netizen selepas membangkitkan semula isu 1MDB menjelang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd