• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Video Lucah: Haziq Digantung Kerja

oleh
13/06/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Setiausaha Sulit Kanan (SUSK), Haziq Abdullah Abdul Aziz yang dipercayai terlibat dalam video intim bersama seorang individu mirip Datuk Seri Mohamed Azmin Ali digantung daripada melaksanakan tugas-tugas rasmi secara serta-merta.

Timbalan Menteri Industri Utama, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd. Akin berkata, Haziq diarah menjawab surat tunjuk sebab dalam tempoh tiga hari daripada tarikh 12 Jun.

Menurutnya, kementerian tidak teragak-agak untuk menamatkan kontrak perkhidmatan beliau secara serta-merta jika tiada sebarang maklum balas diterima dalam tempoh diberikan.

“Saya memandang serius perkembangan terkini melibatkan salah seorang staf saya di Kementerian Industri Utama.

“Saya dengan tegas menolak sebarang bentuk politik kotor lagi memualkan yang bertujuan memalitkan imej buruk kepada mana-mana pemimpin atau individu,” katanya pada sidang akhbar di Kementerian Industri Utama di sini hari ini.

Shamsul Iskandar berkata, beliau bersetuju dengan kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad semalam bahawa perkara tersebut ada kaitan dengan pihak-pihak yang mempunyai agenda politik tertentu.

“Permainan politik kotor sebegini tidak perlu ada atau diberi ruang di dalam negara.

“Saya menyeru semua pihak agar bersikap ‘tabayyun’ iaitu mencari kepastian tentang sesuatu perkara sehingga ia terbukti dengan jelas dan benar tanpa segera menunding jari atau menghukum mana-mana pihak,” katanya.

Sementara itu, Shamsul Iskandar berkata, pelantikan Haziq sebagai staf kementerian berdasarkan penilaian soal jawab sesi temuduga, kelayakan akademik serta semasa pengalaman-pengalaman kerja yang dilihat bersesuaian dengan skop tugasan yang ditawarkan.

“Justeru itu tindakan beliau ini sangat mengejutkan dan tentunya sama sekali tidak diduga,” katanya. – K! ONLINE

Tags: Haziq AzizPKRShamsul IskandarSUSKvideo seks
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Shamsul Iskandar, Albert Tei Didakwa Lagi Terima, Beri Rasuah RM64,924

Shamsul Iskandar, Albert Tei Didakwa Lagi Terima, Beri Rasuah RM64,924

05/12/2025
0

SHAH ALAM: Bekas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin dan ahli perniagaan, Albert Tei sekali...

Shamsul Iskandar Didakwa Setuju Terima RM100,000, Peroleh Suapan 76,829.03

Shamsul Iskandar Didakwa Setuju Terima RM100,000, Peroleh Suapan 76,829.03

04/12/2025
0

KUALA LUMPUR - Bekas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin mengaku tidak bersalah di Mahkamah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd