• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Video Lucah: Anwar Tak Setuju Kenyataan SU Politiknya

oleh
19/06/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak bersetuju dengan kenyataan Pengerusi PKR Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak berhubung isu video intim melibatkan seorang individu menyerupai Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Anwar dalam kenyataan ringkas hari ini turut menggesa semua ahli parti menggunakan saluran yang betul dan menyerahkan tugas siasatan berkenaan video tersebut kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Saya tidak bersetuju dengan kenyataan Farhash berkenaan isu video serta kedudukan Azmin sebagai Timbalan Presiden PKR.

“Sekali lagi saya menggesa pimpinan dan ahli parti supaya menggunakan saluran yang betul dan menyerahkan tugas siasatan isu ini kepada PDRM,” katanya di sini.

Terdahulu, Farhash berkata, Mohamed Azmin perlu meletakkan jawatan sekiranya didapati bersalah dalam isu video intim yang tular dalam media sosial.

Kenyataan itu dibuat Farhash selepas ada pihak yang mendakwa beliau menghilangkan diri sebaik sahaja video intim yang dikaitkan dengan Mohamed Azmin dan Pengerusi AMK Cabang Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz tular dalam media sosial.

Bagaimanapun, Farhash menjelaskan yang beliau tidak menghilangkan diri seperti yang didakwa pihak tertentu sebaliknya sudah berada lama dalam negara. – UTUSAN ONLINE

Tags: Anwar IbrahimFarhash WafaHaziq AzizMohamed Azmin AliPKR
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Johor Benteng Perjuangan Reformasi” – Dakwa Saifuddin Nasution

“Johor Benteng Perjuangan Reformasi” – Dakwa Saifuddin Nasution

13/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mendakwa Johor akan terus menjadi benteng...

Lokman Adam Adakan Perbincangan Dengan Anggota PKR?

Lokman Adam Adakan Perbincangan Dengan Anggota PKR?

09/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Lokman Noor Adam mengadakan pertemuan dengan beberapa anggota Parti Keadilan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd