• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UMNO Tidak Berhasrat Singkirkan Sesiapa – Tok Mat

oleh
21/06/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Cadangan pindaan Perlembagaan UMNO tidak melibatkan usaha penyingkiran pemimpin tertentu yang berdepan pendakwaan mahkamah,” kata Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hassan.

Beliau menjelaskan, hasrat utama pindaan Perlembagaan UMNO hanya bertujuan memudahkan pendaftaran bagi membuka seluasnya keahlian baharu.

Mohamad berkata, sekiranya wujud cadangan berhubung pindaan yang terarah kepada penyingkiran pemimpin yang didakwa di mahkamah ia akan dibincangkan di peringkat Majlis Tertinggi (MT) UMNO dan usul ini akan digugurkan.

“Khabar angin kononnya Perlembagaan UMNO nak rombak untuk singkir pemimpin terlibat rasuah itu adalah tidak betul. Sebenarnya hasrat kita nak buat pindaan ini untuk kita membuka seluasnya, supaya lebih mudah pendaftaran ahli, tak sukar macam dulu.

“Perkara ini tidak timbul, kalau ada dibangkitkan kita akan bincang dan kita akan gugurkan, bagi saya jangan ambil hak ahli, biar ahli tentukan kepimpinan,” katanya ketika ditemui media di Muktamar Tahunan PAS ke-65 di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Pahang (Sukpa) di Indera Mahkota, di sini, hari ini.

Semalam, Ahli MT UMNO, Datuk Lokman Adam mendakwa Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berniat tidak baik dengan mengemukakan cadangan fasal baharu dalam Perlembagaan UMNO bagi memastikan sesiapa yang bersalah di bawah pertuduhan rasuah atau jenayah kehilangan keahlian setelah merayu di peringkat tertinggi.

Mohamad berkata, beliau tidak pasti tujuan Lokman berkata demikian, namun ia seolah-olah sengaja mencetuskan isu dan menegaskan tidak timbul soal UMNO untuk menyingkirkan sesiapa.

Dalam perkembangan lain, ADUN Rantau itu juga menjelaskan tiada sebarang sekatan untuk Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi untuk menjalankan tugasnya sebagai Presiden UMNO, malah beliau tidak menghalang sekiranya Ahli Parlimen Bagan Datuk untuk kembali semula menerajui parti.

Mohamad juga menangkis ura-ura kononnya Ahmad Zahid akan letak jawatan dan beliau akan mengambil alih secara rasmi tugas Presiden UMNO.

“Tak timbul soal kata beliau (Ahmad Zahid) akan letak jawatan atau apa, dan tiada isu sampai bila saya nak menanggung tugas-tugas Presiden. Terpulang kepada Ahmad Zahid kalau esok pagi beliau beritahu saya, Mat, aku nak balik ke pejabat, saya akan serahkan…malah saya tak guna pun pejabat Presiden UMNO, saya masih guna bilik sendiri.

“Dulu beliau buat keputusan nak bercuti pun dengan kerelaan sendiri, dan kalau beliau sudah rasa lega… tak ada apa-apa lagi yang membebankan pemikirannya, Ahmad Zahid boleh balik untuk meneruskan tugas-tugas sebagai Presiden UMNO, tak ada masalah,” jelasnya.

Menurutnya, tidak sepatutnya timbul persoalan yang menyoal kewajaran Ahmad Zahid untuk merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian kerana masih dalam status bercuti, memandangkan beliau masih lagi Presiden, Ahli Parlimen dan juga Ketua UMNO Bahagian Bagan Datuk. – Sinar Harian

Tags: Ahmad Zahid HamidiKhaled NordinLokman AdamMohamad HassanUMNO
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Apa Keperluan Jamuan Hari Raya Waktu Pejabat Kerajaan?

Next Post

Video Pergaduhan 2 Lelaki Kini Dalam Siasatan Polis

Related Posts

Terima Nasihat Presiden UMNO Dengan Hati Terbuka – Tengku Zafrul

Terima Nasihat Presiden UMNO Dengan Hati Terbuka – Tengku Zafrul

13/03/2025
0

KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Tengku Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz menerima nasihat yang diberikan...

‘UMNO Tiada Kaitan Dengan Wang Tunai, Jongkong Emas Dirampas SPRM’ – Asyraf Wajdi

‘UMNO Tiada Kaitan Dengan Wang Tunai, Jongkong Emas Dirampas SPRM’ – Asyraf Wajdi

06/03/2025
2

KUALA LUMPUR: UMNO menegaskan, parti itu tidak mempunyai sebarang kaitan dengan penemuan sejumlah besar wang tunai dan jongkong emas di...

Next Post

Video Pergaduhan 2 Lelaki Kini Dalam Siasatan Polis

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd