• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Trump Heights Cabul Kedaulatan Syria

oleh
18/06/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BAITULMUQADDIS – Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu ‘merasmikan’ penempatan haram baharu di Bukit Golan bagi menunjukkan tanda penghargaan kepada sekutu rapatnya, Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.

Trump sebelum ini mengiktiraf kedaulatan Israel terhadap Bukit Golan ketika lawatan Netanyahu ke Washington pada Mac lalu.

Lapor al-Jazeera, Netanyahu menggelarkan Trump sebagai ‘rakan baik’ Israel dan menyifatkan Bukit Golan sebagai aset strategik penting kepada rejim Zionis.

“Bukit Golan akan dan bakal terus menjadi sebahagian daripada Israel dan ‘ta­nah air’ kami yang tidak boleh dipisahkan,” kata Netanyahu.

Penempatan haram baharu itu bakal dikenali sebagai ‘Ramat Trump’ (dalam bahasa Hebrew) atau ‘Trump Heights’.

Israel menawan Bukit Golan dari Syria ketika perang Asia Barat pada 1967 dan me­rampas wilayah terbabit pada 1981.

Komuniti antarabangsa menyifatkan tindakan tersebut adalah salah di sisi undang-undang antarabangsa dan mencabuli kedaulatan Syria.

NETANYAHU TIADA KUASA!

Dalam pada itu, wartawan al-Jazeera di Baitulmuqaddis, Harry Fawcett melaporkan, parti pembangkang menegaskan kerajaan peralihan Netanyahu tidak mempunyai kuasa untuk merasmikan penempatan haram baharu tersebut.

“Namun perkara itu tidak menghalang Netanyahu. Beliau membawa seluruh anggota Kabinet ke sana untuk apa digelar oleh Netanyahu sebagai ‘mesyuarat perayaan Kabinet’ dan dihadiri oleh Duta AS, David Friedman,” jelas Fawcett.

Walau bagaimanapun, pembangunan penempatan haram tersebut masih perlu melepasi beberapa sekatan birokrasi.

Ditambah pula dengan Ne­tanyahu bakal bertanding semula dalam pilihan raya umum kedua tahun ini, perkara itu masih belum jelas sama ada beliau mampu menyelesaikan pembangunan penempatan terbabit.

Penggubal undang-undang daripada parti pembangkang, Zvi Hauser menyifatkan majlis perasmian semalam adalah ‘langkah perhubungan awam yang kotor’.

“Tiada pembiayaan, tiada perancangan, tiada lokasi dan tiada keputusan muktamad yang sebenar,” jelasnya.

SARA DIDAPATI BERSALAH

Sementara itu, ketika Netanyahu ‘sibuk’ merasmikan penempatan haram baharu berkenaan, isterinya, Sara Netanyahu didapati bersalah menyalahgunakan dana awam dan membuat rayuan kepada mahkamah Baitulmuqaddis terhadap pertuduhan peni­puan serta pecah amanah terhadapnya.

Sara didakwa terlibat dalam penipuan dan pecah amanah selepas didapati menyalahgunakan dana awam berjumlah AS$100,000 (RM417,545) untuk tujuan membayar jamuan makan pada Jun tahun lalu.

Ketika itu, Sara mendakwa tiada tukang masak di kediaman rasmi Perdana Menteri sehingga menyebabkan beliau terpaksa ‘membayar’ syarikat katering.

Netanyahu juga berdepan kemungkinan didakwa atas kesalahan rasuah, penipuan dan pecah amanah.

PELAN DAMAI TANGGUH?

Wakil AS ke Asia Barat, Jason Greenblatt memberi bayangan White House akan menangguhkan untuk mendedahkan pelan damai konflik Israel-Palestin sehingga awal November ini.

“Saya fikir logik bahawa kita menunggu sehingga kerajaan baharu (Israel) terbentuk,” katanya ketika ditemu bual Jerusalem Post.

Pentadbiran Trump sebelum ini menangguhkan pembentangan rancangannya sehingga pilihan raya Israel pada 9 April, dan pilihan raya baharu dijadualkan pada 17 September ini.

Tags: Amerika SyarikatBenjamin NetanyahuIsraelSyria
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tunku Mahkota Ismail Terima Menghadap Dr. Omar Suleiman

Tunku Mahkota Ismail Terima Menghadap Dr. Omar Suleiman

31/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkenan menerima menghadap Dr. Omar Suleiman hari ini. Menurut laman media...

Malaysia Di Tangga Ketiga Negara Paling Mempunyai Pandangan Negatif Terhadap Israel

Malaysia Di Tangga Ketiga Negara Paling Mempunyai Pandangan Negatif Terhadap Israel

04/07/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  KUALA LUMPUR – Malaysia berada di kedudukan ketiga dalam senarai negara yang mencatatkan kadar tertinggi pandangan tidak memihak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd