• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Keperluan Pinda Akta SPRM

oleh
11/06/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tidak ada sebarang keperluan untuk meminda Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dalam memperbaiki prosedur pelantikan Ketua Pesuruhjaya SPRM, kata Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof.

Beliau berkata, perbincangan mengenai pindaan itu tidak perlu diperbesarkan lagi kerana kerajaan bertindak dalam lunas undang-undang ketika melantik Latheefa Beebi Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM.

“Pelantikan Latheefa dikawal oleh akta itu. Tiada masalah mengenainya. Kuasa itu terletak pada Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat Perdana Menteri.

“Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) tidak boleh mengatakan mereka tidak bersetuju (pelantikan Latheefa) kerana pelantikan telah dibuat. Ia merupakan perjanjian yang dilakukan,” katanya kepada pemberita di luar taklimat untuk Ahli Parlimen dan Senator oleh Ahli Parlimen untuk Tindakan Global mengenai Perlindungan Lautan di sini, hari ini.

Mohamad Ariff menjawab pertanyaan pemberita mengenai cadangan Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Nga Kor Ming supaya akta SPRM yang ada sekarang dipinda. Menurut Kor Ming, pindaan tersebut mesti mengandungi suatu fasal supaya sebelum pelantikan dibuat, individu yang hendak dilantik memegang jawatan utama perkhidmatan awam harus terlebih dahulu dirujuk kepada PSC.

Pada 4 Jun, Pejabat Perdana Menteri, melalui kenyataan, mengumumkan pelantikan peguam Latheefa Beebi Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM berkuat kuasa 1 Jun.

Latheefa mengambil alih tugas Datuk Seri Mohd Shukri Abdull yang meminta supaya kontrak perkhidmatannya yang sepatutnya berakhir pada 17 Mei tahun depan dipendekkan.

Mengulas lanjut, Mohamad Ariff berkata, PSC hanyalah jawatankuasa penyelia am, untuk melihat sama ada orang itu betul dan sesuai untuk tugas itu dan tidak mengesahkannya.

“PSC akan bermesyuarat Khamis ini tetapi saya tidak akan mencampuri peranan jawatankuasa itu,” katanya.

Tags: Latheefa KoyaMohamad Ariff Md YusofPSCSPRM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Azam Baki Seru Anggota SPRM  Terus Junjung Integriti, Jangan Goyah Dengan Kritikan Dan Fitnah

Azam Baki Seru Anggota SPRM Terus Junjung Integriti, Jangan Goyah Dengan Kritikan Dan Fitnah

24/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mengingatkan warga SPRM mesti terus menjunjung...

Exco Terengganu Ditahan SPRM, Arah GLC Ambil Dua Anak Bekerja

Exco Terengganu Ditahan SPRM, Arah GLC Ambil Dua Anak Bekerja

22/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Seorang Exco kerajaan Terengganu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki terlibat dalam salah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd