• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Thanos Superhero Kegemaran Saya” – Mahathir

oleh
28/06/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Dalam kesibukan jadual kerja yang padat, Perdana Menteri, Dr. Mahathir Mohamad hari ini sempat meluangkan masa untuk berhimpun bersama dengan adiwira ciptaan Marvel, The Avengers, di Pavilion.

Ketibaan perdana menteri berusia 93 tahun itu bersama isteri, Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali, disambut oleh hampir keseluruhan anggota pasukan Avengers, antaranya Iron Man, Thanos, dan Captain America.

Namun ia bukan bermakna negara sedang dilanda apa-apa musibah, malah adiwira yang menyambut kehadiran pemimpin nombor satu negara itu pun bukanlah pelakon filem sebenar, hanya kumpulan yang mengenakan kostum, yang dihimpunkan sempena majlis pelancaran pameran “Marvel Studios: 10 Years of Heroes Exhibition”.

Mahathir dibawa meninjau keseluruhan ruang pameran yang akan dibuka kepada orang ramai bermula esok sehingga 17 Oktober itu.

Ketika diminta mengulas mengenainya, beliau berkata kemajuan teknologi pembikinan filem ketika ini amat mengagumkan.

“Dulu kalau nak buat filem, kartun kena lukis dengan tangan, sekarang tak payah, boleh pakai animasi,” katanya.

Mahathir menamakan Thanos sebagai karektor kesukaannya.

Beliau percaya pameran itu akan menarik kunjungan ramai, antaranya kerana ia menjelmakan karektor adiwira lengkap dengan kostum masing-masing.

Pameran anjuran Walt Disney Company Southeast Asia bersama dengan Crave Alive and Beast Kingdom dengan kerjasama Maybank, Samsung Malaysia dan KLOOK itu berlangsung di tingkat 10, Pavilion, membawa pengunjung ke dunia pelbagai sensor Marvel Cinematic Universe, meraikan 10 tahun kemunculan filem-filem yang dihasilkan oleh Marvel Studios.

Bermula dengan filem Iron Man (2008), sehingga ke filem yang merekodkan kutipan pecah panggung tertinggi Avengers: Endgame (2019), semuanya dipaparkan menerusi 10 galeri di pameran itu, di samping menampilkan peralatan, kostum, serta konsep seni dari filemnya, dan pengalaman interaktif buat pengunjung.

Pengunjung juga berpeluang untuk membeli pelbagai barangan eksklusif, seperti kemeja-T, beg, serta cendera hati untuk koleksi peribadi, dan juga barang-barang yang dijual buat pertama kalinya di Malaysia.

Bayaran masuk ialah RM48 bagi dewasa dan RM28 bagi kanak-kanak.

Tags: Mahathir MohamadmarvelThanosThe Avengers
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

04/08/2022
0

Satu gagasan baru berteraskan agenda Melayu dan Islam yang dipimpin Dr Mahathir Mohamad bakal ditubuhkan. Ikuti Mynewshub: Telegram Pada majlis solat...

Tun M Minta Semak Semula Bajet 2022

02/11/2021
0

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meminta kerajaan menyemak semula Bajet 2022, belanjawan terbesar dalam sejarah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd