• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tak Boleh Kata Tiada Pengaruh, Najib Adalah ‘Ultimate Bos’

oleh
10/06/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Walaupun mengakui surat nota tulisan tangan oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika permohonan pinjaman tambahan oleh SRC International bukan satu arahan namun ia diyakini masih mempunyai pengaruh.

Begitu kata bekas Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP), Datuk Azian Mohd Noh, saksi ke-38 perbicaraan SRC International, tentang nota tersebut.

Nota yang ditulis oleh Najib itu dikatakan bukan satu ‘arahan’ sebaliknya bersetuju dengan pinjaman tambahan sebanyak RM2 bilion yang dimohon oleh SRC International daripada KWAP ketika itu.

Azian yakin nota itu bukan satu arahan namun pada masa sama tidak menolak ‘kuasa’ yang dipegang oleh Najib sebagai perdana menteri dan menteri kewangan juga bertanggungjawab terhadap KWAP.

“Saya tidak boleh nafikan langsung tidak ada pengaruh tertentu kerana beliau adalah ‘ultimate bos’.

“Pernyataan dalam nota bagi pinjaman oleh SRC International adalah daripada perdana ,enteri merangkap menteri kewangan yang bertanggungjawab terhadap KWAP.

“Memang tidak ada paksaan berdasarkan undang-undang dalam surat itu tetapi saya tidak akan sesekali cakap langsung tidak ada pengaruh pada masa,” katanya pada perbicaraan yang sudah masuk hari ke-21 hari ini.

Azian menjawab soalan ketika soal balas semula oleh Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Ishak Mohd Yusoff berkata, yang bertanya tentang permohonan pinjaman antara 2011 dan 2012.

Dalam perbicaraan terdahulu, Azian memberitahu mahkamah, nota bertulis oleh Ahli Parlimen Pekan itu untuk permohonan kelulusan pinjaman SRC International sebenarnya bukan satu bentuk arahan.

Azian pada hari ke-20 prosiding yang melibatkan penyelewengan dana sebanyak RM42 juta berkata, pihaknya (panel pelaburan) tidak menganggap itu sebagai arahan sebaliknya Najib hanya bersetuju dengan permohonan tersebut.

“Saya secara peribadi tidak langsung menganggap surat dari Najib itu sebagai satu arahan kelulusan untuk pinjaman tersebut.

“Malah, barisan panel sendiri tidak menerima arahan atau surat syor untuk mendapatkan pinjaman dari KWAP. Kelulusan terletak pada kuasa panel pelaburan KWAP sendiri,” katanya ketika soal balas dengan peguam bela, Harvinderjit Singh pada 29 Mei lepas.

Azian yang kini Ahli Lembaga Pengarah Danajamin Nasional Berhad juga mendedahkan pinjaman sebanyak RM4 bilion oleh SRC International adalah jumlah terbesar pernah dipersetujui agensi dana persaraan itu.

Sebelum ini, saksi pendakwaan ke-35, Naib Presiden Jabatan Perundangan dan Kesetiausahaan KWAP, Azlida Mazni Arshad juga memberi keterangan bahawa catatan tulisan tangan serta tanda tangan Najib yang menyatakan ‘bersetuju dengan cadangan ini’ dalam surat permohonan pinjaman SRC International itu adalah satu penyataan dan bukannya arahan dari Najib. – MalaysiaGazette

Tags: KWAPNajib Tun RazakSRC International
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Patuh Kepada Keputusan Berjemaah – Abdul Hadi

Next Post

Terlalu Aktif, Fasha Sandha Keguguran

Related Posts

Saiz Dana KWAP Catat Pertumbuhan 7.4 Peratus Pada 2023

Saiz Dana KWAP Catat Pertumbuhan 7.4 Peratus Pada 2023

31/07/2024
0

KUALA LUMPUR - Saiz dana terkumpul Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) mencatatkan pertumbuhan sebanyak 7.4 peratus bagi tahun berakhir 31...

Anwar Umum Pelaburan RM3 Bilion KWAP Melalui Dana Pemacu

Anwar Umum Pelaburan RM3 Bilion KWAP Melalui Dana Pemacu

28/05/2024
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) bakal melabur sebanyak RM3 bilion...

Next Post

Terlalu Aktif, Fasha Sandha Keguguran

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd