• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, November 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SPRM Siasat Semua Laporan Secara Profesional

oleh
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menyiasat semua laporan secara profesional dan tidak berpihak kepada sesiapa termasuklah dakwaan terhadap seorang menteri kanan yang dikaitkan dengan ‘video intim’ dengan seorang lelaki.

Ketua Pesuruhjayanya, Latheefa Beebi Koya berkata, beliau juga tidak akan terlibat dalam siasatan kes yang sedang hangat diperkatakan itu.

Sebaliknya, beliau menegaskan siasatan kes itu itu akan dikendalikan oleh timbalan dan pasukan timbalannya beliau.

“Saya tidak akan terlibat dalam apa-apa cara, sama ada siasatan atau membuat keputusan.

“SPRM akan menyiasat semua laporan secara profesional termasuklah laporan yang dibuat Datuk Lokman Adam kepada kami (SPRM) berhubung dakwaan terhadap seorang menteri Kabinet,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Sekretariat Suara Rakyat semalam, membuat laporan kepada SPRM berhubung dakwaan salah laku seorang pemimpin Pakatan Harapan (PH).

Pengerusinya, Datuk Lokman Noor Adam berkata, laporan itu adalah berhubung satu dokumen yang diterimanya daripada seorang individu mengenai satu pemindahan dana daripada dua bank kepada akaun milik pemimpin berkenaan yang berlaku pada 19 Disember 2017.

Lokman berkata, laporan tersebut juga sebagai memberi peluang kepada Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baharu, Latheefa Koya untuk beliau membuktikan di bawah kepimpinannya akan menyiasat sesiapa sahaja tanpa pilih kasih.

Awal pagi tadi seorang Setiausaha Sulit kepada seorang Timbalan Menteri membuat pengakuan mengejutkan apabila bersumpah dia merupakan individu dalam sebuah klip video seks bersama seorang lelaki mirip wajah menteri.

Dalam video berdurasi 30 saat yang dimuat naik lelaki yang dikenali Muhamad Haziq Aziz di Facebooknya itu juga turut meminta SPRM menyiasat pemimpin berkenaan kerana didakwa terlibat dalam korupsi.

Menurut Muhamad Haziq yang juga Ketua Pemuda PKR Santubong itu, perlakuan seks itu dirakam tanpa pengetahuannya pada 11 Mei lalu di Hotel Four Points di Sandakan, Sabah ketika pilihan raya kecil Parlimen Sandakan.

Terdahulu, semalam tular tiga video dan gambar intim mirip seorang menteri Kabinet. – Sinar Harian

Tags: Haziq AzizLatheefa KoyaLokman Noor AdamSPRM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pemimpin DAP Minta SPRM, BNM Audit Wang Sumbangan RM50 Juta Untuk Bantu Najib

Pemimpin DAP Minta SPRM, BNM Audit Wang Sumbangan RM50 Juta Untuk Bantu Najib

06/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemimpin DAP, Tony Pua meminta Bank Negara Malaysia (BNM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengaudit aliran...

BERSAMA Desak SPR, SPRM Siasat Dakwaan Pemberian RM200 Kepada Pengundi Paya Rumput

BERSAMA Desak SPR, SPRM Siasat Dakwaan Pemberian RM200 Kepada Pengundi Paya Rumput

30/10/2026
0

MELAKA - Parti BERSAMA menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat dakwaan pemberian wang RM200...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd