• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Serangan Cemar Ramadan 
Di Selatan Thailand

oleh
04/06/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

NARATHIWAT – Bermula awal Ramadan, serangan keganasan di selatan Thailand termasuk yang paling buruk melibatkan letupan bom di pasar Ramadan di Pattani pada 27 Mei lalu, semakin menjadi-jadi.

Dalam kejadian pada 27 Mei itu, seorang remaja, Aiyadilfitli Yoko, 17, bersama seorang lagi wanita berusia 35 tahun me­ninggal dunia di tempat kejadian manakala berbelas-belas lagi termasuk empat renjer yang sedang mengawal keselamatan me­ngalami kecederaan.

Kejadian kira-kira pukul 4.15 petang (waktu tempatan) itu berlaku ketika orang ramai membeli juadah berbuka di pasar Ramadan di Pekan Bo Thong, Nong Chik, Pattani.

Ketua Polis Wilayah Pattani, Piyawat Chalermsi berkata, bom buatan sendiri seberat 15 kilogram itu diletakkan di sebuah motosikal dan diaktifkan dengan menggunakan walkie talkie.

Terbaharu, seorang ketua kampung maut manakala seorang lagi cedera ditembak ketika sedang menunaikan solat sunat witir di sebuah masjid di Daerah Rangae, Narathiwat malam semalam.

Ketika kejadian kira-kira pukul 8.45 malam (waktu tempatan) itu, Ketua Kampung Awae, Fakrudin Tokdeng, 48, sedang solat bersama 30 orang jemaah di sebuah masjid di kampung itu.

Seorang lagi jemaah, Mayudi Abu, 43, cedera akibat terkena peluru di bahagian paha.

Seorang saksi berkata, semua jemaah sedang sujud dan suspek yang menutup muka memasuki masjid dan melepaskan tembakan ke arah mangsa.

“Suspek melepaskan dua das tembakan iaitu satu di bahagian kepala dan satu lagi belakang mang­sa. Mangsa mening­gal dunia di tempat kejadian,” katanya.

Suspek melarikan diri menggunakan sebuah kenderaan uti­liti sukan (SUV).

Ini merupakan kes kedua kejadian tembak di masjid di Kampung Awae. Dua tahun lepas, Ke­tua Kampung Kuling, Daerah Yingo maut ditembak di salah sebuah masjid di kampung itu ketika solat subuh bersama jemaah lain.

Terdahulu pada awal Ramadan, serangan bom di Songkhla menyebabkan lima anggota polis cedera selain berlaku berbalas tembakan antara pa­sukan keselamatan dan kumpulan bersenjata di Pattani.

Pada 30 Mei lalu pula, seorang wanita, Suhaila Tokha, 34, yang sedang membuat persiapan untuk menjual juadah berbuka puasa maut ditembak seorang individu di depan gerainya di Kampung Ringae, Chanet, Narathiwat.

Kelmarin, seorang guru tadika, Asma Abdul Halim, 42, yang dalam perjalanan pulang ke rumah selepas selesai me­nunaikan solat tarawih maut ditembak di bahagian kepala di Kampung Sanor, Yarang, Pattani.

Tags: ramadanseranganThailand
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mengapa Diesel Malaysia Melonjak 82%? Thailand Hanya 2.8%, Indonesia Kekal – Kohilan Pillay

Mengapa Diesel Malaysia Melonjak 82%? Thailand Hanya 2.8%, Indonesia Kekal – Kohilan Pillay

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Naib Presiden MIC, Kohilan Pillay menyuarakan kebimbangan terhadap kenaikan mendadak harga diesel di Malaysia yang didakwa...

Malaysia Kecam Serangan Terbaru Israel Di Gaza, Nyatakan Pencabulan Gencatan Senjata

Malaysia Kecam Serangan Terbaru Israel Di Gaza, Nyatakan Pencabulan Gencatan Senjata

22/01/2026
0

KUALA LUMPUR - Malaysia mengecam keras serangan oleh rejim Israel di Gaza yang mengakibatkan kematian orang awam yang tidak berdosa,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd