• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Samseng Jalan Raya Sudah Ditangkap

oleh
05/06/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Suspek utama kes dua lelaki tunjuk isyarat lucah dan mengugut pengguna jalan raya di Lebuhraya Pasir Gudang berjaya diberkas bersama tiga rakannya di Simpang Renggam, Kluang dekat sini petang semalam.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Khalil Kader Mohd. berkata, kesemua suspek ditahan pada pukul 5.30 petang selepas siasatan dijalankan.

“Hasil siasatan dijalankan pihak kita berjaya mengenal pasti kedudukan suspek dan kita berjaya menahan suspek utama bersama tiga rakan sepenjenayah di Simpang Renggam pada pukul 5.30 petang semalam.

“Kesemua suspek juga didapati terlibat dalam 11 kes samun di sekitar daerah Johor Bahru dan kita masih memburu seorang lagi rakan mereka yang masih bebas,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohd. Khalil berkata, kesemua suspek ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 427/506 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dan ugutan jenayah.

Dalam kejadian pada pukul 5.50 petang, 3 Jun lalu, dua lelaki bertindak samseng apabila menunjukkan isyarat lucah dan mengugut menggunakan sebilah parang ke atas pengguna jalan raya.

Kejadian itu hanya gara-gara suspek tidak diberi ruang untuk memotong ketika jalan raya sedang sesak.

Tags: samseng jalan raya
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Video Tular: Lelaki Tukar Pengakuan Tak Bersalah

23/01/2020
0

KAMPAR - Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kampar hari ini atas pertuduhan memandu kereta dengan cara merbahaya di KM306...

Lagi Video Samseng Jalan Raya Dirakam

04/06/2019
0

KUALA LUMPUR – Ingat lagi video seorang lelaki menghentak cermin kereta menggunakan topi keledar pada 28 Mei lalu? Kini tular...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd