Wednesday, May 22, 2024

Creating liberating content

Pengurangan Caruman KWSP: Ekonomi...

KUALA LUMPUR -Pengurangan potongan kadar caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan pelepasan...

Kempen ‘Solat Berjemaah’ Kalangan...

ALOR SETAR - Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEIK) melancarkan kempen...

Polis Buru 2 Penunggang...

SEREMBAN - Polis sedang memburu dua penunggang motosikal yang dipercayai terbabit dalam perlumbaan...

Misteri Air Sungai Bertukar...

GAMBAR sebatang sungai di Rusia yang bertukar warna menjadi merah darah kini tersebar...

Lagi Video Samseng Jalan Raya Dirakam

KUALA LUMPUR – Ingat lagi video seorang lelaki menghentak cermin kereta menggunakan topi keledar pada 28 Mei lalu?

Kini tular sebuah video sama di media sosial.

Video berdurasi seminit 18 saat itu memaparkan seorang pengguna jalan raya bertindak keluar daripada kenderaan sebelum mengeluarkan sebilah parang dan menetak kenderaan mangsa.

Paparan video itu dimuatnaik pengguna Facebook Nabeel Naqie II.

“Kalau ikut camera dashboard tu, kejadian berlaku semalam.

“Dia bukan baling helmet ke cermin kereta, sebaliknya bawak keluar parang dan libas ke kereta orang!

“No plate pelaku pun jelas terakam dalam kamera,” tulis beliau di Facebook sejam yang lalu.

Bagaimanapun, tempat kejadian tidak pula diberitahu oleh beliau.


Pemandu Honda Civic berwarna biru itu dilihat keluar daripada kenderaannya sebanyak tiga kali.

Malah turut keluar seorang penumpang dengan menunjukkan isyarat lucah kepada pemandu berkenaan tanpa sedar perbuatan mereka dirakam camera dashboard.

Sebelum ini, Danial Abdullah Tan, 31, mengaku bersalah menghentak cermin kereta menggunakan topi keledar dan menyebabkan kerosakan pada bahagian cermin hadapan kereta Perodua Axia milik Siew Chean Voon, 58, dengan cara mengetuk menggunakan topi keledar di Jalan Kasturi, Seksyen 12, Taman Bukit Serdang, Seri Kembangan, pada 5.30 petang 28 Mei lepas.

Daniel dijatuhkan hukuman penjara 12 bulan.

Kategori