• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 25, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Saleem, Iklim, Suci Dalam Debu Antara Nama Cadangan?

oleh
07/06/2019
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Selepas dibuka untuk tempoh percubaan sejak 2 Jun lalu, tumpuan netizen terutamanya rakyat Terengganu kini beralih kepada isu apakah nama yang paling sesuai untuk diberikan kepada ikon baharu Terengganu itu.

Pelbagai cadangan nama dilontarkan oleh orang ramai yang difikirkan paling sesuai untuk jambatan angkat pertama Asia Tenggara itu di laman sosial.

Tetapi antara yang menjadi tumpuan termasuklah cadangan untuk menamakan sempena nama Allahyarham Saleem Iklim bagi mengenang jasa lagenda raja balada itu yang banyak mengharumkan nama negeri pantai timur itu.

Sebahagian pula ada yang mencadangkan nama Jambatan Iklim atau Suci Dalam Debu.

Astro AWANI sempat mendapatkan reaksi anak kepada Allahyarham Saleem, Syafiq Farhain terhadap cadangan tersebut.

“Saya sendiri terharu dan berterima kasih kepada netizen yang masih mengingati dan menghargai jasa yang pernah diberikan oleh ayah.

“Tetapi secara peribadi saya berasakan lebih sesuai sekiranya ia diberikan bersempena dengan pemimpin Terengganu yang juga ketua agama iaitu Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah.

“Tetapi tentunya rakyat berhak memberi cadangan apa sahaja yang difikirkan sesuai,” jelasnya ketika bersiaran secara langsung menerusi panggilan telefon dalam segmen Komen Tengah Hari di Astro AWANI.

Setelah tamat pengujian sistem pada 17 Jun 2019, jambatan angkat akan ditutup semula kepada laluan trafik bagi pentauliahan komponen lain di dalam projek ini.

Sebelum ini Menteri Besar Terengganu Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata nama baharu yang rasmi bagi jambatan tersebut sudah di peringkat akhir perbincangan dan akan diumumkan pada majlis perasmiannya Julai nanti. – Astro AWANI

Tags: jambatan angkatKuala terengganu
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Anwar Tuntut Mahathir Perjelaskan Perlantikan Koya

Next Post

JPJ Nafi Hanya 4 Kamera AWAS Berfungsi

Related Posts

Kereta Berisi Syabu RM17.8 Juta Dirampas

Kereta Berisi Syabu RM17.8 Juta Dirampas

07/03/2023
0

PASIR MAS: Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kuala Terengganu merampas sebuah kereta jenis Proton Wira Aeroback mengandungi syabu bernilai...

Laluan Kuala Terengganu ByPass Dibuka

Laluan Kuala Terengganu ByPass Dibuka

01/11/2022
0

Kuala Terenggganu : Projek Jalan Pintas Kuala Terengganu (Kuala Terengganu ByPass) yang membabitkan kos RM384.3 juta dibuka secara rasmi hari...

Next Post

JPJ Nafi Hanya 4 Kamera AWAS Berfungsi

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd